Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama syarikat tempatan, asing digalak

Ia sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan memperkemb­angkan ekonomi: Awg Tengah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerjasama antara syarikat tempatan dan syarikat luar negara termasuk dari China di negeri ini amat dialu-alukan sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan memperkemb­angkan ekonomi.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, malah kerjasama sedemikian memudahkan kedua-dua pihak dalam segala urusan terutama perniagaan.

“Kerjasama yang kita saksikan hari ini di mana sebuah syarikat tempatan menjalin kerjasama dengan syarikat dari Linyi, China dalam aktiviti pusat dagangan, sangat bagus.

“Misalnya antaranya berkaitan dengan bahan-bahan binaan yang diimport dari China, jadi dengan adanya kerjasama seperti ini syarikat tempatan hanya perlu mendapatka­n barangan di sini tanpa perlu ke China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan daripada delegasi perdaganga­n Linyi, China yang diketuai Pengarah Jawatankua­sa Pentadbira­n Biro Pembanguna­n Dagangan dan Ekonomi Bandar Linyi Zhuang Weiguo di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini, semalam.

Kerjasama yang kita saksikan hari ini di mana sebuah syarikat tempatan menjalin kerjasama dengan syarikat dari Linyi, China dalam aktiviti pusat dagangan, sangat bagus. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

Pada kunjungan berkenaan Awang Tengah berpeluang menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) syarikat tempatan, Jung Kuo Sdn Bhd yang diwakili Pengarahny­a Tay Chiew Hua bersama Pusat Dagangan Linyi yang diwakili Zhuang.

Menurut Awang Tengah, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak itu adalah berkonsepk­an perniagaan kepada perniagaan (B2B).

“Kerjasama ini lebih kepada bahan-bahan perindustr­ian dan Linyi adalah lebih kepada pemboronga­n di mana mereka akan adakan kerjasama antara satu sama lain dalam perniagaan kepada perniagaan,” katanya.

Kerjasama itu merupakan sebahagian daripada ‘ One Belt, One Road’ iaitu pelan strategi China di Sarawak, yang kali ini memberi manfaat kepada industri kecil dan sederhana (IKS).

Ia melibatkan kerjasama Pusat Dagangan Antarabang­sa MalaysiaCh­ina di Pusat Konvensyen Penview di Sejingkat, di mana pusat dagangan akan menjadi hab pertukaran kemahiran dan aktiviti ekonomi antara China dan Sarawak.

Majlis semalam turut dihadiri Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcom Mussen Lamoh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia