Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Dagangan Linyi diharap mewujudkan peluang pekerjaan

-

KUCHING: Kewujudan Pusat Dagangan Antarabang­sa ChinaMalay­sia di Sejingkat diharap dapat memenuhi jangkaan dan visi kerajaan negeri khasnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan ke arah ekonomi digital di Sarawak.

Pusat Dagangan Antarabang­sa berkenaan adalah usaha syarikat swasta tempatan iaitu Jung Kuo Sdn Bhd yang menjalin kerjasama dengan Linyi, China melalui Pusat Dagangan Linyi.

Pusat dagangan berkenaan mempunyai 500 unit rumah kedai untuk industri dan komersial sementara pusat konvensyen­nya pula mampu memuatkan 400 meja serta menampung 4,000 orang.

Pengarah Jung Kuo Sdn Bhd Tay Chiew Hua berkata, pusat dagangan itu menjadi pusat sehenti terbesar dibina di Borneo.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan­nya asas bagi pengeluar dari China dan pemain industri kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam mendapatka­n manfaat bagi ‘ One Belt, One Road’ iaitu pelan strategik China di Sarawak.

“Tiga objektif utama penubu- han adalah menjadi zon bagi produk dari China dan negara ASEAN lain iaitu produk seperti bahan pembinaan, pengubahsu­aian dan peralatan lain dan ia menjadi oulet kilang yang mempamerka­n sampel dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memoradum Persefaham­an ( MoU) antara Jung Kuo Sdn Bhd dan Pusat Dagangan Linyi, China yang disaksikan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini, semalam.

MoU berkenaan diadakan sempena lawatan delegasi dari bandar Linyi, China bersama Awang Tengah yang diketuai Pengarah Jawatankua­sa Pentadbira­n Biro Pembanguna­n Dagangan dan Ekonomi Bandar Linyi Zhuang Weiguo.

Tambah Tay, pusat dagangan itu juga menjadi hab kepada pengusaha IKS tempatan untuk mempamerka­n produk mereka dan secara tidak langsung akan mempromosi­kan hasil mereka kepada pihak luar.

“Dengan adanya pertambaha­n penerbanga­n terus dari Kuching ke China, lebih ramai ahli perniagaan China dan Asia akan datang ke pusat dagangan ini sekali gus merangsang industri pelanconga­n tempatan.

“Kami berharap pusat dagangan ini akan memenuhi jangkaan dan visi kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan ke arah ekonomi digital,” katanya sambil memberitah­u, pihaknya amat menghargai sokongan dan bantuan berterusan daripada kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia