Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS mengharamk­an penggunaan beg plastik

Lancar pelan tindakan, program pendidikan wujud kesedaran agar tidak guna plastik: Sempurai

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) telah melancarka­n pelan tindakan seperti kempen ‘Tiada Beg Plastik’ dan siri program pendidikan bagi mewujudkan kesedaran orang ramai agar tidak menggunaka­n beg plastik.

Pengerusi MDLBS Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata pihaknya mengikuti jejak Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengharamk­an penggunaan beg plastik di kawasan seliaannya.

“Semasa mesyuarat bulan lalu, MDLBS sebulat suara bersetuju penggunaan beg plastik diharamkan.

“Ini sejajar dengan arahan dikeluarka­n Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“MDLBS juga mahu mendidik orang ramai tentang kepentinga­n tidak menggunaka­n beg plastik di kedai, pusat beli-belah dan lainlain,” katanya di sini semalam.

Sempurai menjelaska­n orang ramai harus sedar beg plastik akan mencemarka­n alam sekitar kerana mengambil masa lama untuk hancur.

Sebagai alternatif, MDLBS menggalakk­an pemilik kedai dan pengguna menggunaka­n beg kertas dan beg boleh dikitar semula menggantik­an beg plastik.

“Saya harap semua pihak memainkan peranan masing- masing bermula dari sekarang,” ujarnya.

Ketika mempengeru­sikan mesyuarat bulanan MPS minggu lalu, Pengerusin­ya Datuk Tiong Thai King berkata MPS melancarka­n kempen ‘Say No To Plastic Bags 2.0’ pada Oktober depan.

Menurut Tiong, semua kedai runcit dan perusahaan mesti menggantik­an beg plastik dengan beg boleh kitar semula atau kotak kertas manakala orang ramai digalak membawa beg sendiri.

Semasa mesyuarat bulan lalu, MDLBS sebulat suara bersetuju penggunaan beg plastik diharamkan. Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai Pengerusi MDLBS

 ??  ?? SERTAI PROGRAM: Para peserta merakam kenangan sempena Program Perkampung­an Pelajar (Zon Semenanjun­g Malaysia) Siri 2/ 2017 di Kuala Lumpur pada 25 Ogos hingga 3 September lalu.
SERTAI PROGRAM: Para peserta merakam kenangan sempena Program Perkampung­an Pelajar (Zon Semenanjun­g Malaysia) Siri 2/ 2017 di Kuala Lumpur pada 25 Ogos hingga 3 September lalu.
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia