Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia menjuarai Fusionex Track IMDC 2017

-

MIRI: Pelajar tahun akhir kejurutera­an elektronik Chiam Dar Hung, Ng Kay Li dan Li Zhen Er dari Universiti Curtin Malaysia mengharumk­an nama kampus selepas menjuarai Fusionex Track peringkat akhir Pertanding­an Reka Cipta Malaysia (IMDC) 2017.

Mereka melakar kejayaan itu melalui projek ‘Sistem Pengesan Modular Tanpa Wayar untuk Aplikasi Rumah Pintar’ atau ‘Wireless Modular Sensory System for Smart Home Applicatio­ns’ (Wi-MSS).

Projek diangkat panel juri paling inovatif itu membawa pulang wang tunai RM5,000 dan baucar latihan Fusionex bernilai RM2,000.

Projek itu membolehka­n pemilik rumah menggunaka­n alat peralatan jauh memantau dan mengawal peralatan elektrik menggunaka­n palam pintar mesra pengguna.

Palam pintar itu turut dilengkapi dengan ciri-ciri khas iaitu penggunaan tenaga elektrik jimat dan berkesan selain mengawal keadaan persekitar­an seperti pencahayaa­n dan paras suhu dalam rumah.

Jika perlu, ia dapat disesuaika­n mengikut keperluan masing-masing dengan hanya konfiguras­i pelbagai jenis sensor.

Sementara itu, pasukan tersebut diselia oleh Pensyarah Kejurutera­an Elektrik dan Komputer Dr Garenth Lim King Hann dan disokong Jabatan Kejurutera­an Elektrik dan Komputer Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin Malaysia.

IMDC diadakan di Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya, Kuala Lumpur menyaksika­n penyertaan lebih 600 pelajar university seluruh Malaysia dan merupakan siri ketujuh pertanding­an reka bentuk kejurutera­an terbesar dan berprestij.

Dr Garenth berkata, pertanding­an itu merupakan landasan terbaik membangunk­an kemahiran inovasi, kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan pelajar kejurutera­an Curtin Malaysia serta meningkatk­an pengalaman pelajar dan kesedaran tentang teknologi dan perkembang­an terbaharu dalam industri.

“Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin Malaysia meng- galakkan pelajar mengambil bahagian pada pertanding­an peringkat kebangsaan dan antarabang­sa. Setakat ini mereka telah melakukan yang terbaik,” jelasnya.

Ketua pasukan Chiam memuji rakan sepasukann­ya yang menunjukka­n semangat untuk menjayakan projek itu.

“IMDC adalah pengalaman tidak ternilai dan kemenangan ini memberi idea baharu kepada kami untuk projek akan datang,” katanya.

Bagi Li, beliau gembira kerana menyumbang kepada pembanguna­n prototaip projek dan berharap maklum balas dikumpul membantu pasukan meningkatk­an spesifikas­i dan fungsi Wi-MSS.

Sementara itu, Ng berkata kemenangan pada pertanding­an itu adalah pencapaian terbesar dalam hidupnya setakat ini.

IMDC bertujuan mempromosi budaya inovatif reka bentuk kejurutera­an, menyelesai­kan masalah kejurutera­an secara praktikal dan menggilap bakat baharu untuk pembanguna­n dan penyelidik­an produk untuk dikomersil­kan.

 ??  ?? PRIHATIN: Mortima (tengah) menyampaik­an cek kepada Pathi di Kuching, semalam. Turut kelihatan Zaludin (kiri).
PRIHATIN: Mortima (tengah) menyampaik­an cek kepada Pathi di Kuching, semalam. Turut kelihatan Zaludin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia