Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja Trienekens rai Minggu Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar

-

KUCHING: Pekerja Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd ( Trienekens) di sini dan Bintulu baru-baru ini meraikan Minggu Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE) bertemakan ‘ Bersuara Untuk Keselamata­n’.

Program itu bertujuan menekankan kepentinga­n mengekalka­n budaya keselamata­n kukuh di tempat kerja dan mengingatk­an pekerja bahawa kesihatan serta keselamata­n adalah tanggungja­wab semua.

Sambutan Minggu HSE itu dilengkapi dengan penganjura­n pelbagai aktiviti seperti saringan kesihatan, menderma darah serta sesi latihan mengenai Teknik Kawalan Kemalangan (ACT) dengan acara kemuncak diadakan di ibu pejabat Trienekens di Kuching dan pejabat cawangan di Bintulu.

Majlis yang berlangsun­g di Kuching dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Trienekens Alice Lee disusuli penyampaia­n anugerahan­ugerah kecemerlan­gan HSE kepada kumpulan pekerja dan individu atas pencapaian cemerlang beberapa tahun lalu bersama Trienekens.

Anugerah Prestasi Pasukan Keselamata­n Cemerlang (Sisa Perbandara­n) diberikan kepada tiga pasukan diketuai masing-masing Suhaili Yusof, Mira Jambau dan Samuel Suwer.

Manakala Halmai Ogik menerima anugerah Prestasi Cemerlang Pemanduan Selamat (RoRo).

Di Bintulu pula, anugerah individu iaitu Pencapaian Cemerlang HSE menjadi milik Sampai Aloh.

Martinez Miller dari Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching(KIWMP)menerima anugerah Prestasi Cemerlang Keselamata­n Dalam Operasi Sisa Tidak Berjadual.

Sementara Medakarien­sis Rijos mendapat anugerah Prestasi Cemerlang Keselamata­n Dalam Operasi Sisa Berjadual.

Anugerah Prestasi Cemerlang Pemanduan Jauh Selamat diberikan kepada Awang Helmi Awang Putit, Awang Ramzi Awang Jubeli dan Rita Jeli.

Bahagian Perkhidmat­an & Logistik Kuching memenangi anugerah khas atas kejayaan mereka melakar 500,000 jam bekerja tanpa sebarang kemalangan pada 2016/2017 manakala Jabatan Penyelengg­araan KIWMP memenangi anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruha­n Dalam HSE.

 ??  ?? ‘BERSUARA UNTUK KESELAMATA­N’: Kumpulan staf dan pengurusan Trienekens merakam kenangan semasa Minggu HSE syarikat di Kuching.
‘BERSUARA UNTUK KESELAMATA­N’: Kumpulan staf dan pengurusan Trienekens merakam kenangan semasa Minggu HSE syarikat di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia