Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan PEKEMA Cawangan Sarawak hulur sumbangan kepada dua penerima

-

KUCHING: Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA) Cawangan Sarawak menghulur sumbangan ihsan kepada dua penerima di pejabatnya di sini, semalam.

Sumbangan itu disampaika­n oleh Ahli Jawatankua­sa PEKEMA Sarawak Mortima Yorke Gohe kepada pesakit buah pinggang, Faridah Sharbini dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) Dayang Intan Nhuurbaine­e Abang Mohammad.

Mortima berkata, sumbangan itu bertujuan meringanka­n serba sedikit beban yang ditanggung penerima untuk tujuan keperluan har- ian.

“Apa yang diperolehi PEKEMA, kami sedia berkongsi bersama dengan menghulurk­an sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Sememangny­a ini adalah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang telah kami jalankan sejak dahulu lagi bagi menyumbang semula kepada masyarakat,” katanya.

Pada majlis tersebut, Faridah yang diwakili adiknya Pathi Abang Sarbini, 54, memberitah­u, sumbangan itu menjadi sinar buat kakaknya yang kini menjalani rawatan dialisis menggunaka­n peruntukan sendiri.

“Agak berat apa yang ditanggung kakak saya, dia terpaksa menanggung rawatan dialisis menggunaka­n duit sendiri dan sumbangan adik beradik.

“Bantuan daripada PEKEMA ini sedikit sebanyak membantu kami dan kami amat bersyukur sekali. Semoga dengan sumbangan ini, jasa PEKEMA akan terus dikenang,” jelasnya.

Dayang Intan pula melanjutka­n pengajian di peringkat Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota Kinabalu, Sabah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Eksekutif Setiausaha Kerja PEKEMA Sarawak Zaludin Morshidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia