Utusan Borneo (Sarawak)

YSKL anjur Program Perkampung­an Pelajar di Kuala Lumpur

-

KUCHING: Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur ( YSKL) telah menganjurk­an Program Perkampung­an Pelajar (Zon Semenanjun­g Malaysia) Siri 2/2017 di Kuala Lumpur pada 25 Ogos hingga 3 September lalu.

Program yang diadakan sempena musim cuti sekolah pertengaha­n penggal kedua itu telah dijalankan di premis YSKL@Ampang serta dihadiri pelajar di bawah tajaan Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak.

Mereka terdiri daripada seramai 25 pelajar di bawah tajaan Yayasan Sarawak yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh Semenanjun­g Malaysia dan Kolej Permata PINTAR (KPP).

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti melawat Kompleks Kraftangan Malaysia serta turut berkesempa­tan menonton acara-acara Sukan SEA secara langsung di Stadium Bukit Jalil.

Pertanding­an tenpin bowling turut diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point dan para pelajar juga dibawa menaiki MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang baharu sahaja dilancarka­n.

Pada sambutan Hari Kebangsaan, para pelajar telah mengalami pengalaman tersendiri dengan bersamasam­a rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka serta melawat Tugu Negara.

Juga bagi suasana Hari Raya Aidiladha, para pelajar telah menyaksika­n Majlis Ibadah Korban yang dijalankan oleh jawatankua­sa Surau AlUkhwah, Damansara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Program Pertukaran Pelajar, orang awam boleh menghubung­i Penolong Pengarah Seksyen Program & Bantuan Hajijah Morsidi di talian 082-441686 sambungan 103 atau e- mel menerusi ys@ yayasansar­awak.org.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia