Utusan Borneo (Sarawak)

Murid cemerlang peperiksaa­n bakal terima insentif

Motivasi kepada murid agar terus fokus dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam di kawasan Parlimen Sibuti akan menerima insentif sesuai dengan pencapaian akademik mereka.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata ia sebagai motivasi dan penghargaa­n kepada murid agar mereka terus fokus dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

“Saya berjanji akan memberi insentif kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang sesuai dengan prestasi mereka dalam peperiksaa­n awam,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kit UPSR 2017 di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggung Datuk Muip di sini semalam.

Ahmad Lai mahu mu- rid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) di sekolah luar bandar kawasan parlimen itu lulus 70 peratus atau mendapat A.

“Murid adalah modal insan yang perlu diberi pendidikan sempurna dan sudah pasti ibu bapa mengharapk­an anakanak mereka juga mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya.

Sehubungan itu, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu memastikan murid berada di landasan betul mencapai kejayaan dalam akademik.

“Saya juga menyeru kepada guru agar turut memberi fokus kepada murid yang lemah dalam pelajaran agar mereka mendapat keputusan cemerlang sama seperti murid lain,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, murid menduduki UPSR diingatkan agar menghormat­i ibu bapa dan guru untuk mendapat berkat dan ketenangan.

Seramai 1,121 Kit UPSR diagihkan kepada murid di 42 sekolah di bawah Parlimen Sibuti.

Sementara itu, beliau juga menjelaska­n bahawa kerajaaan turut membantu menyatukan guru yang berpisah daripada pasangan masingmasi­ng atas tuntutan kerja.

Katanya Kementeria­n Pendidikan Malaysia ketika ini sedang menyatukan pasangan guru terbabit agar mereka kembali ceria menjalanka­n tugas bersama pasangan mereka.

“Meskipun pasangan guru itu tidak mengajar di sekolah sama namun usaha kerajaan menyatukan pasangan guru dapat mengatasi masalah guru berduka lara,” jelasnya.

Hadir sama Guru Besar SK Temenggung Datuk Muip Hamisah Sherbini, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Miri Atini Anwar dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Julani Mokhtar.

Saya berjanji akan memberi insentif kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang sesuai dengan prestasi mereka awam.” dalam peperiksaa­n Ahmad Lai Bujang Ahli Parlimen Sibuti

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Ahmad Lai (dua kiri) menyampaik­an Kit UPSR kepada salah seorang murid SK Temenggung Datuk Muip sambil disaksikan Hamisah (dua kanan) semalam.
SEMOGA BERJAYA: Ahmad Lai (dua kiri) menyampaik­an Kit UPSR kepada salah seorang murid SK Temenggung Datuk Muip sambil disaksikan Hamisah (dua kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia