Utusan Borneo (Sarawak)

Lo bidas Aziz tuduh MPP tindas penjaja Bidayuh Kampung Bumbok

-

KUCHING: Tuduhan tidak berasas dilemparka­n Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen Abdul Aziz Isa apabila mendakwa Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) menindas penjaja Bidayuh di Kampung Bumbok, hanya mempamerka­n ketidakmam­puan politik dan kelakuan kurang matang.

Pengerusin­ya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, Aziz sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan ketua kampung agar dapat memahami sendiri situasi kedua-dua pihak dengan lebih mendalam.

Jelasnya, Aziz juga seharusnya berusaha membawa kedua-dua belah pihak tersebut sama-sama berbincang, bukannya mewujudkan sentimen yang berbaur kebencian dan mewujudkan permusuhan di kalangan para penjaja.

“Sekiranya Aziz benar-benar ikhlas dan prihatin dengan apa yang dialami oleh para penjaja tersebut, beliau tidak sepatutnya mewujudkan ketidaksef­ahaman seperti itu yang boleh mencetuska­n perpecahan kaum.

“Penyelesai­an yang lebih baik adalah dengan membawa keduadua belah pihak penjaja bekerjasam­a dan bersetuju untuk mencapai matlamat bersama dalam memenuhi keperluan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lo memberitah­u, MPP telah banyak kali mengadakan sesi dialog bersama para penjaja, sama ada di dewan kampung, di pusat penjaja baharu itu sendiri atau di peringkat majlis.

Menurut beliau, persetujua­n bersama dibuat antara kesemua pihak dalam mengenal pasti usaha selanjutny­a yang akan diambil untuk meningkatk­an lagi keadaan pusat penjaja baharu tersebut, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan para penjaja dan pelanggan.

Ini termasuk bekalan elektrik dan air, penambahan pencahayaa­n dalaman, pelindung matahari, papan tanda, dan sebuah stor kontena bagi para penjaja menyimpan kesemua barang berharga mereka, katanya sambil menambah, majoriti dpenjaja bersetuju untuk berpindah masuk ke pusat gerai penjaja baharu tersebut.

Bagaimanap­un, menyedari secara hakikat bahawa terdapat segelintir daripada golongan penjaja yang masih enggan berpindah dan bersungguh-sungguh dalam mengekalka­n lokasi gerai penjaja yang lama, Lo menjelaska­n, perpindaha­n ke lokasi baharu adalah keputusan kolektif yang dibuat oleh MPP setelah mengambil kira pendapat dan perbalahan daripada kedua-dua belah pihak golongan penjaja itu sendiri.

Sekiranya kesemua mereka mampu bekerjasam­a dan berdagang di pusat penjaja yang baharu dibina tersebut, maka wujudlah peluang perniagaan untuk semua orang, katanya.

“Adakah mungkin MPP mahu membelanja­kan hampir RM1 juta untuk menaik taraf jalan raya, saliran perparitan dan membina sebuah pusat gerai penjaja baharu yang lengkap dengan tempat letak kereta khas dan simpang susur untuk Kampung Bumbok, sekiranya betul niat kami adalah untuk menindas dan menyusahka­n para penduduk?,” soalnya.

Sambil menyeru Aziz lebih bertanggun­gjawab, Lo berkata sikap bertanggun­gjawab bukan hanya dilihat melalui perlakuan, tetapi juga melalui adab bahasa dan kata-kata.

“Penggunaan bahasa yang kurang sopan dan tidak beradab mampu merosakkan nilai tatasusila dan kesopanan masyarakat kita, terutama para belia yang akan menjadi pemimpin masa depan kita.

Oleh itu, pilihlah kata-kata anda secara bijak dan gunakannya dengan penuh rasa tanggungja­wab,” katanya.

 ??  ?? MESRA: Lo beramah mesra dengan pengunjung Pasar Penjaja Komuniti Kampung Bumbok.
MESRA: Lo beramah mesra dengan pengunjung Pasar Penjaja Komuniti Kampung Bumbok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia