Utusan Borneo (Sarawak)

Julian Tan tidak pertahan kerusi Parlimen Stampin

-

KUCHING: Julian Tan Kok Ping tidak akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Stampin pada Pilihan Raya Umum Ke14 ( PRU14) akan datang.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak Chong Chieng Jen pada sidang media di ibu pejabat parti di sini, semalam.

“Julian tidak akan bertanding mempertaha­nkan Stampin pada PRU14 nanti yang dimenangin­ya pada PRU lalu. Saya rasa ia bukan rahsia lagi.

“Beliau ( Julian) telah menyatakan hasratnya itu kepada parti kerana mahu meneruskan kerjayanya sebelum ini dalam bidang sains dan teknologi,” ujarnya.

Pada PRU13 Julian menang dalam pertanding­an tiga penjuru den- gan majoriti undi 18,670 menewaskan calon Barisan Nasional ( BN) dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Yong Khoon Seng (22,993 undi) dan Lina Soo daripada Parti Reformasi Negeri (STAR) Sarawak (239 undi).

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata DAP telah mengenal pasti calon berpotensi untuk mempertaha­nkan kerusi itu pada PRU14 kelak.

Beliau menambah, calon berpotensi yang dimaksudka­nnya itu merupakan salah seorang daripada pembantu khasnya.

Ketika ini beliau mempunyai tiga pembantu khas iaitu Mordi Bimol, Kelvin Yii dan Abdul Aziz Isa.

Dalam perkembang­an berkaitan Chong memberitah­u, pemilihan calon DAP yang akan bertanding pada PRU akan datang hampir selesai.

“Calon untuk PRU Ke-14 bagi DAP Sarawak bukan lagi isu. Begitu juga dengan pembahagia­n kerusi, tiada pertindiha­n kerusi antara parti PH (Pakatan Harapan).

“Perkara ini telah dibincangk­an sejak tahun lalu dalam kalangan PH dan dalam konteks Sarawak rundingan melibatkan DAP, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan AMANAH (Parti Amanah Negara),” katanya.

Tambahnya, di Sarawak Parti Islam Se- Malaysia (PAS) bukan sebahagian PH yang diketuai beliau.

“Terpulang kepada PAS bertanding di manamana kerusi ( Parlimen) yang mereka suka, dalam pertanding­an tiga penjuru dan sebagainya.

“Ini kerana kerusi diperuntuk­kan kepada PAS sebelum ini secara automatik menjadi milik AMANAH,” tegasnya.

Mengenai jumlah kerusi yang akan dipertandi­ngkan pada PRU14 nanti, Chong berkata DAP kekal seperti semasa PRU13 iaitu 11.

Pada PRU13 DAP Sarawak bertanding di 11 kerusi iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas.

DAP menang lima daripada 11 kerusi dipertandi­ngkan iaitu Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Chong dan pembantu khasnya Kelvin Yii pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak, semalam.
SIDANG MEDIA: Chong dan pembantu khasnya Kelvin Yii pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia