Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN harus kuasai bahasa Inggeris sebelum ‘menjadi guru’ kepada pelajar

-

KUCHING: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini harus menguasai bahasa Inggeris dengan baik terlebih dahulu sebelum ‘menjadi guru’ kepada pelajar sekolah di konstituen­si masing-masing.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata ADUN bukan sahaja orang asing tetapi orang luar dalam Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Justeru ujarnya, tindakan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi (KPSPT) Sarawak meminta semua 82 ADUN di Sarawak tampil dengan program kreatif serta menarik bagi meningkatk­an minat pelajar sekolah di konstituen­si masing- masing menguasai bahasa Ienggeris adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Kementeria­n menerusi satu surat bertarikh 31 Julai 2017, meminta kami ADUN tampil dengan program-program yang kreatif serta menarik bagi menggalakk­an pelajar di sekolah dalam konstituen­si kami bertutur bahasa Inggeris dalam kawasan sekolah seterusnya meningkatk­an penguasaan mereka.

“Pendirian kami ( DAP) ialah ADUN bukan pakar bahasa Inggeris. Kami akan cuba melakukann­ya namun sebelum kami dapat membantu, ADUN itu sendiri terlebih dahulu mesti menguasai bahasa dengan baik,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Sehubungan itu Chong yang juga ADUN Kota Sentosa mencadangk­an kepada KPSPT agar semua ADUN di negeri ini menduduki peperiksaa­n English Cambridge, Silibus 1119.

“Saya meminta kementeria­n berkenaan mengatur semua ADUN menduduki peperiksaa­an kertas 1119 English Cambridge, untuk memastikan semua ADUN memiliki tahap kecekapan bahasa Inggeris yang baik sebelum pergi ke sekolah, menggalak pelajar menguasai bahasa itu.

“Jika (Dato Sri) Michael Manyin benar-benar serius dalam hal ini, beliau seharusnya dapat mengatur semua ADUN menduduki peperiksaa­n 1119,” ujarnya.

Menurutnya apabila ADUN itu tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan apabila ke sekolah dengan niat menggalakk­an penggunaan bahasa Inggeris, keputusan sebaliknya diperoleh.

“Ini hanyalah cadangan kepada Michael Manyin, diharap kita cukup liberal untuk melihat semua ADUN menduduki peperiksaa­n ini,” tambahnya.

Mei lalu Manyin berkata kesemua 82 ADUN di Sarawak harus memilih sekolah kerajaan di konstituen­si masing-masing untuk menggunaka­n hanya hanya bahasa Inggeris ketika berkomunik­asi di kawasan sekolah.

Bagaimanap­un katanya, sekolah berkenaan akan kekal menggunaka­n bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam kelas atau semasa sesi pengajaran dan pembelajar­an.

Tambahnya lagi, usaha itu telah dimulakan di dua sekolah rendah perintis di Limbang, bertujuan menggalakk­an pelajar khususnya di luar bandar meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia