Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia bebas El Nino dan La Nina tahun ini

Bacaan suhu permukaan Lautan Pasifik pada julat normal iaitu kira-kira 0.5 darjah celsius

-

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka bebas fenomena El Nino dan La Nina tahun ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, bacaan suhu permukaan Lautan Pasifik pada julat normal iaitu kira-kira 0.5 darjah celsius menunjukka­n tiada tandatanda fenomena El Nino iaitu cuaca panas melampau dan La Nino yang akan membawa hujan lebat luar biasa akan berlaku.

Katanya, berdasarka­n laporan Jabatan Meteorolog­i Malaysia ( MetMalaysi­a), negara dijangka menerima jumlah hujan yang normal bagi tempoh September dan Oktober tahun ini selain tiada suhu panas luar biasa serta tiada kemarau dan jerebu teruk dijangka berlaku.

“Ramalan MetMalaysi­a amat tepat sejak tahun lepas sehingga kini. Saya yakin dengan ramalan ini, insya-Allah, negara kita tidak mengalami kesan- kesan fenomena El Nina dan La Nina yang teruk pada tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebang-

Ramalan MetMalaysi­a amat tepat sejak tahun lepas sehingga kini. Saya yakin dengan ramalan ini, insya-Allah, negara kita tidak mengalami kesan-kesan fenomena El Nino dan La Nina yang teruk pada tahun ini. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

saan Bilangan 2 Tahun 2017 di sini semalam.

Wan Junaidi berkata mesyuarat itu bersetuju pemantauan rapi ke atas kawasankaw­asan tanah gambut yang sering terbakar dilakukan melalui pengaktifa­n Prosedur Tetap Operasi Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan membuat kajian menyeluruh pembinaan sekatan saliran dan telaga tiub air tanah untuk menangani pencemaran jerebu melalui pengurusan tanah gambut.

Beliau berkata pembinaan sekatan saliran di kawasan tanah gambut adalah untuk mengurangk­an aliran keluar air dalam saliran atau parit serta meningkat dan mengekalka­n paras air di kawasan tanah gambut bagi mengurangk­an risiko kebakaran serta menakung air bagi pemadaman kebakaran.

Telaga tiub tanah pula merupakan satu sistem bekalan sumber air tanah yang digunakan untuk mengepam air ke dalam perparitan kawasan tanah gambut apabila diperlukan supaya paras air berada pada kedalaman yang sesuai dan tanah gambut tidak menjadi kering dan mudah terbakar, katanya.

“Pengepaman air tanah daripada telaga tiub tanah ini akan diaktifkan apabila berlakunya kebakaran tanah gambut atau penurunan paras air dalam lapisan tanah gambut,” katanya.

Sehingga akhir tahun lepas, sebanyak 236 buah sekatan saliran dan 67 buah telaga tiub telah dibina di Johor, Kelantan, Pahang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu, katanya.

Wan Junaidi berkata sebanyak 918 kes pembakaran terbuka telah dikesan di seluruh negara dalam dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Berdasarka­n data Jabatan Alam Sekitar, beliau berkata sebanyak 64 kes pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan, kawasan pertanian (142), kawasan industri (20), tapak pembinaan (36), tapak pelupusan sampah (61), kawasan belukar (90) dan lain-lain pembakaran kecil (504 kes).

Bagi tindakan penguatkua­saan untuk tempoh yang sama, sebanyak 149 kes pembakaran terbuka dikenakan tindakan kompaun, lapan kes dikeluarka­n Notis Arahan dan 17 kes dikeluarka­n Surat Arahan, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Wan Junaidi mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut dihadiri oleh jabatan-jabatan serta agensi dari setiap negeri di Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Wan Junaidi mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut dihadiri oleh jabatan-jabatan serta agensi dari setiap negeri di Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? METERAI: Dr Asyraf menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian pelanjutan pajakan Hotel Al-Haram dan Hotel Al-Saha Madinah antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan pemiliknya, Al-Rawda Investment for Real Estate Developmen­t & Projects Management Limited (Al-Rawda)...
— Gambar Bernama METERAI: Dr Asyraf menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian pelanjutan pajakan Hotel Al-Haram dan Hotel Al-Saha Madinah antara Lembaga Tabung Haji (TH) dan pemiliknya, Al-Rawda Investment for Real Estate Developmen­t & Projects Management Limited (Al-Rawda)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia