Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Haji letak logo di bangunan penginapan di tanah suci

-

MEKAH: Logo Lembaga Tabung Haji ( TH) akan dipasang dengan lebih jelas di setiap bangunan penginapan yang dipajak di Mekah dan Madinah sebagai antara langkah strategik dalam mendedahka­n jenama agensi berkenaan kepada masyarakat antarabang­sa.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata usaha itu juga sebagai pengenalan mudah kepada jemaah haji Malaysia yang menginap di pelbagai hotel berkenaan pada masa akan datang.

Pada masa ini, beliau berkata beberapa pemilik yang mempunyai perjanjian dengan TH bagi pemajakan bangunan hotel penginapan itu sedang dalam proses mendapatka­n kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan masing-masing.

“Kami yakin kelulusan itu akan dapat diperoleh dalam masa terdekat.

“Jika tiada halangan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan datang ke Makkah dan Madinah pada Disember ini dan dijangka merasmikan peletakan logo Tabung Haji di seluruh bangunan penginapan yang dipajak di Mekah dan Madinah,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau ditemui selepas majlis menandatan­gani perjan- jian antara TH dan Al-Rawda Investment for Real Estate Developmen­t and Projects Management Ltd (Al-Rawda) untuk pelanjutan pajakan bangunan penginapan hotel milik syarikat berkenaan iaitu Hotel Al-Haram dan Hotel Al-Saha.

Pada majlis itu Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman mewakili TH, manakala Al-Rawda diwakili Pengerusin­ya Dr Mashhoor Ali Al Madodi.

Selain Abdul Azeez, majlis turut disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Johan Abdullah dan beberapa menteri kabinet.

Abdul Azeez berkata menerusi perjanjian itu, TH akan melanjutka­n pajakan Hotel Al- Haram bertaraf lima bintang dan mempunyai 606 bilik, serta Hotel Al-Saha berstatus empat bintang dengan kapasiti 227 bilik untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 2027.

“Kedua-dua hotel ini terletak di lokasi strategik di Madinah dan kira-kira 100 meter dari Masjid Nabawi. Perjanjian ini juga memberi kesan positif kerana syarikat Al-Rawda tidak menaikkan sebarang kos sewaan walaupun kos dan urusan perbelanja­an hotel-hotel berkenaan meningkat,” katanya.

Beliau berharap dengan pelanjutan tempoh pajakan itu, TH dan Al-Rawda akan dapat bersama- sama berusaha mencari formula baharu dalam memberi perkhidmat­an nilai tambah lebih baik kepada jemaah haji Malaysia.

Pada musim haji tahun ini, jemaah haji Malaysia ditempatka­n di 24 bangunan penginapan di Makkah manakala di Madinah melibatkan 11 bangunan penginapan.

Sementara itu, beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana memberi banyak kelebihan kepada jemaah haji Malaysia termasuk cadangan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Mekah dan Madinah, berikutan hubungan baik antara kedua- dua negara berkenaan,

“Tabung Haji sudah meninjau tapak tanah untuk pembinaan kompleks itu di Mekah dan hari ini (Selasa), kita akan melihat lokasi tapak berkenaan di Madinah. Pada masa ini, kita belum buat keputusan muktamad. Perdana Menteri ( Najib) dijangka menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian itu pada akhir tahun ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia