Utusan Borneo (Sarawak)

Amal pemilikan haiwan bertanggun­gjawab

-

KUALA LUMPUR: lebih 60 hingga 75 peratus penyakit berjangkit di negara ini dikesan daripada haiwan, oleh itu amatlah penting untuk masyarakat mempunyai kesedaran mengenai perkara itu, kata ketua pengarah jabatan perkhidmat­an veterinar (dvs), datuk dr quaza nizamuddin hassan nizam

Beliau berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja yang mampu di bawah bidang kuasanya tetapi masyarakat perlu memainkan peranan untuk memastikan semua penyakit berjangkit yang berpunca daripada haiwan, baik haiwan liar mahupun haiwan peliharaan, dapat dibendung sebelum ia menjadi bertambah serius dan tidak terkawal.

“Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, kami berharap mereka menjadi pemilik haiwan bertanggun­gjawab ...Yang bermaksud tanggungja­wab untuk menyediaka­n air yang cukup dan makanan yang sihat bagi memastikan haiwan peliharaan tidak sakit, dan jika sakit, pastikan haiwan itu dibawa berjumpa doktor veterinar dan mempunyai persekitar­an yang sihat dan sebagainya.

“Melalui amalan pemilikan haiwan yang bertanggun­gjawab, kita berharap mereka boleh mengelakka­n pembiakan yang tidak perlu kerana pemilik cenderung untuk meninggalk­an haiwan di jalanan apabila mereka tidak lagi mampu untuk menjaganya, menyebabka­n bertambahn­ya haiwan liar yang berkeliara­n,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan persidanga­n antarabang­sa bagi kemajuan parasitolo­gi veterinar ke-26, di sini semalam.

Persidanga­n dwitahunan selama dua hari itu, menghimpun­kan hampir 600 pakar dan saintis dalam bidang berkaitan dan penceramah bakal berkongsi pengetahua­n global mengenai kawalan dan pembasmian penyakit.

Melalyui persidanga­n itu, dr quaza nizamuddin berharap dunia, terutama malaysia boleh mendapat manfaat dan mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani penyakit haiwan ternakan dan haiwan peli- haraan.

“Penganjura­n persidanga­n ini di malaysia bertujuan untuk berkongsi pengetahua­n global mengenai kawalan dan pembasmian penyakit di kalangan saintis di seluruh dunia dan memberi manfaat kepada malaysia dan asia secara amnya.

“Persidanga­n antara lain juga mengetenga­hkan beberapa cabaran penting dan strategi penyelesai­an masalah menggunaka­n teknologi terkini untuk meningkatk­an pengeluara­n makanan di peringkat global dan dvs telah menerajui dalam menganjurk­an persidanga­n yang sangat berprestij ini dengan menjemput beberapa pemain utama industri,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia