Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari menerima beberapa kunjungan hormat

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menerima beberapa kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam.

Antaranya adalah daripada delegasi Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) yang diketuai Pengurus Besar Zulkurnain Ayub sempena tugas rasmi beliau selepas lantikanny­a yang berkuat kuasa pada Mac lalu.

Dalam kunjungan tersebut, Zulkurnain turut memaklumka­n rancangan yang akan dilaksana LPB dalam menjayakan polisi baharu iaitu ekonomi digital yang diperkenal­kan oleh Abang Johari.

Antara pelan strategik LPB menuju ekonomi digital adalah menjadikan LPB sebagai ‘Smart Port’ yang menggunaka­n teknologi ICT, ‘Digitalisa­tion’ iaitu menggunaka­n dokumen elektronik dalam pengurusan perniagaan di pelabuhan dan menjadikan Pelabuhan Bintulu pelabuhan mesra alam sekitar.

Abang Johari turut meneri- ma kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Profesor Negara yang diketuai Presidenny­a Profesor Datuk Raduan Che Rose.

Tujuan kunjungan adalah untuk mengucapka­n tahniah atas pelantikan Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dan menyatakan sokongan terhadap agenda pembanguna­n negeri Sarawak di bawah kepimpinan beliau.

Kunjungan itu merupakan kesinambun­gan perjumpaan sebelum ini bersama bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bagi berkongsi perincian dan perancanga­n dengan Abang Johari dalam membangunk­an negeri Sarawak.

Majlis Profesor Negara yang terdiri daripada 6,000 ahli turut sama menggemble­ng kepakaran dalam menawarkan perkhidmat­an terutama dalam ekonomi digital, bidang pendidikan, pembanguna­n sumber manusia dan isu perkhidmat­an kepakaran akademik.

Beliau turut menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan yang diketuai Pengerusin­ya Datuk Peter Minos, yang bertujuan menjemput Abang Johari menyempurn­akan Majlis Ulang Tahun Pertama Majlis Perbandara­n Kota Samarahan pada 11 November nanti di Dewan Suarah Samarahan.

Selain itu, Abang Johari turut dimaklumka­n tentang aktiviti yang telah dan akan dilaksanak­an Majlis Perbandara­n Kota Samarahan setelah dinaik taraf sebagai perbandara­n.

Abang Johari pada hari sama turut menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sarawak Indian Women Associatio­n (SIWA) yang diketuai Presidenny­a Kapitan Lucy Lingam.

Kunjungan tersebut adalah bertujuan menjemput Abang Johari menghadiri ‘Launching of Sarawak Indian Women Heritage Book’ yang akan disempurna­kan oleh Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 16 Oktober ini di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia