Utusan Borneo (Sarawak)

AWAS Pusat dan Unit Paradom adakan Majlis Semarak Korban

-

SIBU: Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) Pusat dan AWAS Unit Paradom mengadakan Majlis Semarak Korban sempena sambutan Adiladha 2017 di Paradom, di sini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu Datuk Andrew Wong serta rombongan.

Setiausaha AWAS Pusat Mohd Junaidi Sambang berterima kasih kepada Andrew atas kesudian datang ke majlis tersebut dan seterusnya menyerahka­n daging korban kepada penduduk.

“Tradisi muhibah ini harus diteruskan dari semasa ke semasa di samping mengeratka­n silaturahi­m sesama penduduk Islam kawasan Paradom dan masyarakat setempat.

“Terima kasih juga atas sumbangan lembu bagi memeriahka­n ibadat korban di kawasan Paradom tahun ini,” katanya.

Junaidi memberitah­u, penduduk berasa bertuah apabila beberapa perkara diajukan mendapat perhatian selain berkongsi pandangan positif.

Beliau berkata AWAS Pusat serta AWAS Unit Paradom sentiasa memberi kerjasama serta sokongan padu kepada mana-mana pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) membela nasib penduduk.

“Kita mahukan seorang pemimpin berjiwa rakyat di samping mempunyai wawasan memajukan kawasan dan masyarakat setempat seiring dengan pembanguna­n pesat.

“Dengan rancangan lima tahun ini, kawasan Paradom menerima tempias pembanguna­n di bawah RS1 nanti,” tambahnya.

Sementara itu, Andrew berterima kasih kepada AWAS Pusat, AWAS Unit Paradom serta penduduk Islam Paradom atas jemputan ke majlis korban tersebut.

Beliau berjanji membantu serta memberi perhatian kepada beberapa perkara diutarakan oleh penduduk Islam di Paradom.

Hadir sama Kapitan Ting Hoon Hua, Kapitan Yap Lee Hua, Kapitan Law Hieng King serta yang lain.

 ??  ?? DENGAR MASALAH: Andrew (dua kanan) mendengar masalah diutarakan seorang penduduk sambil diperhatik­an Junaidi (kiri) serta yang lain.
DENGAR MASALAH: Andrew (dua kanan) mendengar masalah diutarakan seorang penduduk sambil diperhatik­an Junaidi (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia