Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat rakan, doa rakyat M’sia dorong takluk puncak Elbrus

-

SEPANG: Berbekalka­n doa dan harapan rakyat Malaysia serta dorongan daripada lima rakan pendaki yang tidak dapat meneruskan ekspedisi, Ummu Farah Haidar Zulkifli cekal mengharung­i pelbagai cabaran dengan tekad untuk menawan puncak Gunung Elbrus, Rusia.

Ummu Farah, 30, menjadi wakil tunggal ekspedisi Kembara Srikandi Prihatin (KSP) berjaya menawan puncak gunung setinggi 5,642 meter dan yang tertinggi di benua Eropah, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Lulusan ijazah undang-undang itu mengibarka­n Jalur Gemilang serta mengalunka­n azan dengan suara yang perlahan apabila tiba di puncak gunung berkenaan pada 4.15 petang ( waktu Malaysia) Sabtu lepas.

“Antara cabaran yang dilalui untuk sampai ke puncak Gunung Elbrus ialah angin yang bertiup pada kelajuan 31km sejam, hujan salji dan ribut,” katanya yang ditemui selepas tiba di tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) di sini semalam bersama lima lagi anggota ekspedisi KSP.

Lima pendaki lain KSP ialah Nurul Huda Shamsuddin, 31, Nir Azmin Adnan, 34, Fairul Asmaini Mohd Pilus, 35, Fazilah Abd Manan, 41 dan Ren’ee Aziz Ahmad, 56, yang juga bekas pesakit kanser payudara.

Menurut beliau, lima lagi pendaki KSP membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakian pada ketinggian 5,000 meter ekoran faktor cuaca buruk dan risiko mendapat reput fros dan penyakit akut ketinggian. Sepanjang pendakian Ummu Farah berada 200 meter di hadapan pendaki KSP lain.

Katanya, cubaan pertama keenam-enam mereka untuk menawan puncak Elbrus ialah pada 31 Ogos namun pada hari tersebut pendaki dari semua negara dinasihatk­an tidak meneruskan pendakian atas faktor cuaca.

Tambah Ummu Farah, banjir yang melanda perkampung­an Terskol berhampira­n Gunung Elbrus tidak memberi kesan kepada pendaki KSP kerana ketika banjir berlaku mereka sudah berada di tempat yang tinggi. Sementara itu, Presiden Persatuan Kembara Negara (PKN) Tan Sri Khalid Yunus yang menyambut kepulangan anggota KSP itu berkata misi ekspedisi disifatkan berjaya kerana matlamat utama untuk mengibarka­n Jalur Gemilang di puncak Elbrus tercapai.

Beliau berkata pihaknya bercadang menjadikan ekspedisi KSP sebagai acara tahunan pada setiap sambutan ulang tahun kemerdekaa­n negara.

Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelanconga­n yang juga Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Sam- sudin yang turut menyambut kepulangan enam pendaki berkenaan berkata kejayaan pendaki tunggal mengibarka­n Jalur Gemilang di Gunung Elbrus diharap menjadi inspirasi kepada wanita Malaysia supaya berjiwa kental.

Ekspedisi KSP anjuran PKN dengan kerjasama Puteri UMNO dan sokongan Jabatan Perdana Menteri itu melibatkan enam pendaki wanita yang berlepas ke Rusia pada 23 Ogos.

Ia merupakan acara kemuncak bagi kempen KSP yang diadakan bagi mempromosi­kan gaya hidup sihat melalui aktiviti luar dan lasak dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kementeria­n Luar pada Sabtu lepas mengesahka­n 19 rakyat Malaysia termasuk enam pendaki KSP yang mendaki puncak Gunung Elbrus, Rusia, terkandas ekoran banjir lumpur melanda Perkampung­an Terskol yang terletak berhampura­n gunung itu pada Jumaat.

Kesemua pendaki dan pelancong lain dilaporkan dibawa keluar dengan selamat menaiki helikopter yang disediakan oleh kerajaan Rusia dari kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT KEMBALI: Khalil menyambut ketibaan enam pendaki ekspedisi Kembara Srikandi Prihatin (KSP) tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelanconga­n yang juga Ketua...
— Gambar Bernama SELAMAT KEMBALI: Khalil menyambut ketibaan enam pendaki ekspedisi Kembara Srikandi Prihatin (KSP) tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dekat Sepang, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelanconga­n yang juga Ketua...
 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT TIBA: Enam pendaki ekspedisi Kembara Srikandi Prihatin (KSP) (dari kiri) Nurul Huda, Fairul, Ummu Farah, Fazilah, Rene’e dan Nir Azmin tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
— Gambar Bernama SELAMAT TIBA: Enam pendaki ekspedisi Kembara Srikandi Prihatin (KSP) (dari kiri) Nurul Huda, Fairul, Ummu Farah, Fazilah, Rene’e dan Nir Azmin tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia