Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan sedang lerai motosikal curi

-

BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya membongkar kegiatan geng curi motosikal selepas menyerbu sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat menyimpan serta meleraikan kenderaan itu di Jalan Bukit Merah, Permatang Pauh di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari dan ketika itu terdapat seorang lelaki berusia 36 tahun sedang meleraikan komponen sebuah motosikal.

“Lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun gagal kerana kami terlebih dahulu mengepung kawasan rumah kosong yang dijadikan sarang kumpulan berkenaan,” katanya di sini semalam.

Beliauberk­ata,hasilpemer­iksaan mendapati motosikal yang sedang dileraikan lelaki itu dilaporkan hilang di Seberang Jaya baru-baru ini dan polis turut menemui pelbagai komponen motosikal di situ.

“Antara komponen motosikal yang dirampas di rumah itu ialah mudguard hadapan, cover, tempat duduk dan kami turut menemui sebuah motosikal jenis Honda Wave yang menggunaka­n nombor pendaftara­an palsu dipercayai dicuri sebelum disembunyi­kan di situ untuk dijual kepada pembeli,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, berdasarka­n siasatan lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an dan mereka menjadikan rumah itu sebagai stor menyimpan kenderaan yang dicuri.

Katanya, dua lelaki itu terlibat dalam kegiatan jenayah itu sejak awal tahun ini dan selepas motosikal dicuri kenderaan terbabit akan ditempatka­n di rumah berkenaan sebelum dijual dengan harga murah atau komponenny­a dileraikan sebelum turut dijual.

Beliau berkata mereka dipercayai terlibat sekurangku­rangnya 20 kes curi motosikal di sekitar daerah SPT dan polis kini sedang mengesan seorang lagi lelaki untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas dadah heroin seberat 2.22 gram bersama lelaki yang ditahan dalam rumah itu dan dia kini direman lima hari bagi membantu siasatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia