Utusan Borneo (Sarawak)

NPO diminta manfaatkan pengecuali­an cukai: Razali

Pastikan manfaat yang diterima orang awam setimpal

-

PUTRAJAYA: Yayasanbuk­an berasaskan­keuntungan(NPO) yang menikmati pengecuali­an cukai wajar memastikan manfaat yang disampaika­n kepada orang awam setimpal dengan kehilangan punca pendapatan negara itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata menjadi kebiasaan untuk mana-mana organisasi, institusi atau tabung yang ditubuhkan di Malaysia bagi tujuan amal atau khairat dan bukan bertujuan mencari keuntungan memohon dipertimba­ngkan pengecuali­an cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].

Katanya sebanyak 15.1 peratus atau 59 buah yayasan telah diberikan status pengecuali­an cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].

“Kemudahan ini membolehka­n bukan sahaja yayasan diberi pengecuali­an cukai pendapatan malah penderma juga boleh menuntut pengecuali­an cukai,” katanya ketika berucap merasmikan Forum NPO 2017: Pengecuali­an Cukai Pendapatan dan Jenayah Penyalahgu­naan NPO di sini semalam.

Tegasnya, apa yang lebih penting adalah pelaksanaa­n program dan aktiviti yayasan yang tidak tersasar daripada objektif penubuhan yayasan sebagaiman­a dinyatakan melalui Surat Ikatan Amanah.

“Ketidakpat­uhan kepada perkara ini merupakan salah satu punca utama status pengecuali­an cukai pen-

Ketidakpat­uhan kepada perkara ini merupakan salah satu punca utama status pengecuali­an cukai pendapatan yayasan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ditarik semula atau dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

dapatan yayasan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ditarik semula atau dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Menurutnya, sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 393 buah yayasan telah diper- badankan di bawah Akta Pemerbadan­an Pemegang Amanah 1952 [Akta 258] dan jumlah tersebut kian meningkat dari setahun ke setahun.

Razali berkata jumlah dana yang terkumpul hasil sumbangan rakyat dan organisasi menerusi medium yayasan adalah sangat memberangs­angkan dan melebihi bilion ringgit saban tahun.

“Mengambil kira aspek ancaman yang sentiasa mengintai ruang dan peluang, Malaysia sebagaiman­a lain-lain negara di dunia tidak terlepas daripada berhadapan dengan ancaman aktiviti pengubahan wang haram.

“Justeru, kerajaan telah mengorak langkah menguatkua­sakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001[Akta 613] sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan yayasanyay­asan yang berdaftar di Malaysia tidak dijadikan sebagai medium untuk aktiviti- aktiviti pengubahan wang secara haram serta membiayai keganasan,” katanya. — Bernama Kebangsaan 2017 memperkasa­kan wanita

Sementara itu Rohani berkata, tema sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada tahun ini ialah Wanita: Pengubah Ekonomi Global. Tema ini dipilih bagi menonjolka­n peranan wanita sebagai golongan penting dalam membantu merealisas­ikan cita-cita negara dalam pelbagai aspek terutamany­a dalam pembanguna­n ekonomi negara dan seterusnya berupaya menjadi ejen pengubah ekonomi global.

“Dengan mengetenga­hkan tema ini juga, secara tidak langsung mengiktira­f segala sumbangan dan jasa wanita di Malaysia dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negara,”

“Wanita perlu dilihat bukan sahaja sebagai penerus generasi atau sekadar pengurus rumah tangga malah sebagai penyumbang kepada ekonomi negara yang penting.

“Dengan dominasi wanita dalam Institusi Pengajian Tinggi negara sebanyak 70 peratus, ia seharusnya seiring dengan peratusan wanita yang menyumbang kepada ekonomi dan pembanguna­n negara. Kadar pembabitan wanita dalam tenaga kerja iaitu sebanyak 54.3 peratus tahun lalu hasruslah dipertingk­atkan lagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, ini juga merupakan kali pertama pihak Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengadakan Sidang Kemuncak Perdaganga­n Wanita Global 2017 dan ia telah disertai beberapa buah negara luar seperti Mongolia, Australia, Jepun dan banyak lagi.

“Penganjura­n seperti ini dilihat dapat memberi ruang kepada golongan usahawan wanita pelbagai latar belakang berkongsi idea, pengalaman, aspirasi serta paling penting mempromosi­kan produk untuk memasuki peringkat global.

“Melalui sambutan ini kita memberi ruang dan platform buat wanita untuk mengembang­kan pencapaian mereka dalam bidang perniagaan yang diceburi,” katanya.

Pada sesi dialog TN50, Najib dan Rohani turut mendengar aspirasi diutarakan 18 wanita dari pelbagai latar belakang.

 ?? — Gambar Adriana Mroon Ambrose — Gambar Adriana Mroon Ambrose ?? UNTUK WANITA: Najib pada sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur. DIRAI: Rohani (tengah) memotong kek simbolik pada Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017.
— Gambar Adriana Mroon Ambrose — Gambar Adriana Mroon Ambrose UNTUK WANITA: Najib pada sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur. DIRAI: Rohani (tengah) memotong kek simbolik pada Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Razali (depan dua, kiri) bergambar bersama para peserta forum semasa majlis penutup Forum Non-Profit Organizati­on (NPO) 2017:Pengecuali­an Cukai Pendapatan dan Jenayah Penyalahgu­naan NPO di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)...
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Razali (depan dua, kiri) bergambar bersama para peserta forum semasa majlis penutup Forum Non-Profit Organizati­on (NPO) 2017:Pengecuali­an Cukai Pendapatan dan Jenayah Penyalahgu­naan NPO di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia