Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan kejayaan wanita di Malaysia lebih baik daripada kebanyakan negara luar

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Pada sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017 yang berlangsun­g pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bangga kerana peranan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang di Malaysia lebih baik daripada kebanyakan negara luar.

Menurut beliau, tahap kejayaan para wanita ini terbukti dengan penglibata­n dan sumbangan mereka dalam sektor ekonomi.

“Jika kita lihat, sebanyak 700,000 wanita di negara ini berada dalam sektor tenaga kerja yang memberi impak 0.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),”

“Malah, dalam bidang pendidikan pula, dilihat peningkata­n dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu daripada daripada 62.5 peratus pada 2011 kepada 64 peratus pada 2015 manakala dalam bidang pengajian peringkat PhD (doktor falsafah) pada 2011 sebanyak 43 peratus berbanding 44 peratus pada 2013.

“Ini menunjukka­n peningkata­n yang bagus dan dilihat sudah ramai wanita di luar sana melibatkan diri dalam meningkatk­an ekonomi negara. Selain itu ada juga yang memegang jawatan tinggi. Dalam sektor korporat pula, 16.8 peratus wanita berada dalam pengurusan di syarikat tersenarai awam ( PLC),” katanya pada sesi dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Hadir sama pada program itu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan timbalanny­a, Datuk Azizah Mohd Dun.

Sambutan Hari Wanita

 ?? Adriana Mroon Ambrose — Gambar ?? ADA ASPIRASI: Menariknya, walaupun dengan menggunaka­n bahasa isyarat, wakil daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) turut diberi peluang menyampaik­an aspirasi TN50.
Adriana Mroon Ambrose — Gambar ADA ASPIRASI: Menariknya, walaupun dengan menggunaka­n bahasa isyarat, wakil daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) turut diberi peluang menyampaik­an aspirasi TN50.
 ?? — Gambar Adriana Mroon Ambrose ?? PELBAGAI LATAR BELAKANG: Rohani bergambar bersama tetamu kehormat yang menghadiri Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017.
— Gambar Adriana Mroon Ambrose PELBAGAI LATAR BELAKANG: Rohani bergambar bersama tetamu kehormat yang menghadiri Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia