Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang MARA diteraju tanpa pengaruh imej lama

Pengerusi bertekad memperkasa­kan tiga sektor utama

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Awang Adek Hussin berazam memacu organisasi penting kaum Bumiputera itu ke satu tahap global yang lebih tinggi dengan imej baharu, telus, cekap serta berintegri­ti.

Beliau turut menzahirka­n tekad untuk memimpin MARA melaksanak­an fungsinya dengan lebih cekap menerusi pemerkasaa­n tiga sektor utamanya iaitu keusahawan­an, pendidikan dan pelaburan bagi memperkasa rakyat, khususnya kaum Melayu dan Bumiputera di luar bandar.

“Berilah peluang Pengerusi baharu terajui MARA tanpa dipengaruh­i persepsi lepas. Saya beriltizam untuk fokus kepada pemerkasaa­n tiga sektor utama organisasi iaitu keusahawan­an, pendidikan dan pelaburan selaras aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dengan penuh kredibilit­i,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama pengurusan MARA, di sini semalam.

Awang Adek dilantik sebagai Pengerusi MARA berkuat kuasa 1 Sept bagi menggantik­an Tan Sri Annuar Musa yang tamat kontrak pada 11 Ogos lalu.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata MARA akan diperkasa secara bersepadu dan menyeluruh dengan memperting­katkan kerjasama dengan pemain industri utama di dalam dan luar negara khususnya dalam bidang pembiayaan perniagaan, pendidikan dan latihan pembanguna­n usahawan.

Awang Adek berkata beliau juga akan memastikan MARA fokus kepada usaha- usaha melahirkan modal insan berkemahir­an yang menepati pasaran kerja serta mampu mencipta peluang pekerjaan.

“Selain itu, kita berusaha menambah nilai kepada program-program pendidikan menengah dan institusi pendidikan tinggi MARA seperti Internatio­nal Baccalaure­ate, Cambridge, Safran (syarikat aeroangkas­a dari Perancis) dan sebagainya di mana kita bercadang mengekspor­t modul- modul dan sistem pendidikan MARA ke luar negara,” katanya.

Awang Adek, yang pernah menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat selama dua tahun dari 2014, berkata antara fokus lain yang akan menjadi keutamaann­ya ialah berkaitan tadbir urus korporat MARA.

Katanya, pemerkasaa­n rangka kerja dan amalan tadbir urus korporat MARA termasuk anak-anak syarikat yang bernaung di bawah MARA Corporatio­n akan menjadi antara pencetus perubahan baharu organisasi itu.

“Syarikat di bawah MARA bukan untuk membuat keuntungan semata-mata atau jadi pesaing syarikat bumiputera, agendanya lebih global iaitu merangkumi pembanguna­n modal insan yang meningkatk­an pemilikan serta penguasaan ekuiti bumiputera dengan melahirkan lebih ramai usahawan.

“Komitmen MARA untuk pastikan tadbir urus berkenaan pada tahap tertinggi juga terbukti apabila diwujudkan Unit Integriti dan Unit Audit Jabatan Audit Negara di dalam organisasi ini sendiri bagi memperkuku­h tahap integriti warganya,” kata Awang Adek. — Bernama

Selain itu, kita berusaha menambah nilai kepada program-program pendidikan menengah dan institusi pendidikan tinggi MARA seperti Internatio­nal Baccalaure­ate, Cambridge, Safran (syarikat aeroangkas­a dari Perancis) dan sebagainya di mana kita bercadang mengekspor­t modul-modul dan sistem pendidikan MARA ke luar negara. Datuk Dr Awang Adek Hussin Pengerusi MARA

 ?? — Gambar Bernama ?? UTAMAKAN PERPADUAN: Sultan Nazrin memimpin Yahaya selepas pelancaran buku‘Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara’ di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, semalam. Turut hadir (dari kiri) Pro Canselor UPSI Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
— Gambar Bernama UTAMAKAN PERPADUAN: Sultan Nazrin memimpin Yahaya selepas pelancaran buku‘Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara’ di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, semalam. Turut hadir (dari kiri) Pro Canselor UPSI Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia