Utusan Borneo (Sarawak)

BN Selangor adakan siri ceramah ‘Jelajah Kasih Negeriku’

-

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan menjelajah ke seluruh negeri itu menerusi siri ceramah ‘ Jelajah Kasih Negeriku’ bertujuan menyampaik­an maklumat terkini membabitka­n isu tempatan dan nasional selain menjadi medium komunikasi dengan rakyat Selangor.

Ketua Penerangan­nya Datuk Mohamad Satim Diman berkata, jelajah yang berkonsepk­an santai dan berinforma­si itu akan bermula pertengaha­n bulan ini meliputi kesemua 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita akan turun ke semua kawasan ini kerana kita dapat banyak aduan dan maklumat mengenai kegagalan kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkan­g untuk berkhidmat kepada rakyat serta memungkiri janji yang dibuat ketika pilihan raya umum (PRU) sebelum ini seperti penyediaan pendidikan percuma dan infrastruk­tur yang baik.

“Kita nak pastikan rakyat Selangor mendapat pembelaan sewajarnya dan pada masa sama menerusi jelajah ini BN akan dekati rakyat Selangor untuk jelaskan isu-isu nasional yang dimomokkan kepada mereka oleh pembangkan­g seperti isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) dan 1MDB (1Malay- sia Developmen­t Berhad),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, Mohamad Satim berkata Jelajah Kasih Negeriku akan membuka peluang kepada kumpulan sasar untuk melontarka­n idea dan berkongsi pelbagai maklumat bagi membolehka­n pihaknya merangka jalan penyelesai­an termasuk menyediaka­n manifesto BN Selangor pada PRU ke-14 (PRU14). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Ahmad Zahid (duduk, dua kiri) bertanya sesuatu kepada Nik Esah yang menghidap angin ahmar di rumahnya di Kampung Wakaf Zain, Ayer Lanas di Jeli, semalam. Turut hadir Mustapa (duduk, tiga kiri).
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Ahmad Zahid (duduk, dua kiri) bertanya sesuatu kepada Nik Esah yang menghidap angin ahmar di rumahnya di Kampung Wakaf Zain, Ayer Lanas di Jeli, semalam. Turut hadir Mustapa (duduk, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia