Utusan Borneo (Sarawak)

BN bidas DAP gagal kembalikan rumah warisan persatuan Cina

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang enggan memohon maaf atas kenyataann­ya yang berunsur fitnah.

SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata, badan itu akan mengemukak­an keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutny­a mengikut peruntukan undang-undang.

“Pengurusan Tertinggi SPRM telah secara sebulat suara memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim,” kata suruhanjay­a itu.

Pada 25 Ogos lalu, SPRM telah memberi Lim tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjay­a itu atau berdepan tindakan undangunda­ng susulan kenyataann­ya bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh sebagai ‘penahanan haram oleh SPRM’. — Bernama GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang semalam membidas kerajaan negeri pimpinan DAP kerana tidak menunaikan janji untuk mengembali­kan rumah warisan masyarakat Cina di Love Lane di sini, yang diambil daripada Persatuan Klan Cina Pulau Pinang (PCCA) pada 2012.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan PCCA sebelum ini mencapai satu persefaham­an berhubung pemilikan bangunan warisan tersebut susulan kegagalan PCCA melunaskan cukai tanah berjumlah RM20,000.

“Melalui persefaham­an itu PCCA hendaklah membenarka­n kerajaan negeri mengambil rumah warisan itu terlebih dahulu di bawah Kanun Tanah Negara atas kegagalan membayar cukai tanah dan kemudian bangunan dua tingkat rumah kedai berkenaan akan diberi milik semula kepada PCCA.

“Ketika itu (2012) PCCA bukan tidak mampu bayar cu- kai tanah tertunggak kira-kira RM20,000 tetapi kerajaan negeri melalui seorang Exconya berjanji untuk ambil rumah warisan itu bagi mengelak beberapa prosedur undangunda­ng yang rumit dan janji nak serah semula selepas itu, kononnya bagi membantu persatuan itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah berkenaan di Love Lane di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi MCA Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng dan beberapa pemimpin komponen BN antaranya daripada GERAKAN.

Akhbar sebelum ini melaporkan PCCA memohon pertukaran hak milik rumah bersejarah beralamat Nombor 50, Love Lane itu daripada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memastikan budaya dan sejarah kaum Cina di rumah berkenaan dipelihara demi kepentinga­n generasi akan datang.

Teng berkata, sehingga hari ini kerajaan negeri bukan sahaja gagal menunaikan janji dan tidak mengembali­kan ru- mah warisan itu tetapi turut meminta PCCA membuktika­n bahawa mereka adalah waris pemilik bangunan berkenaan jika mahu ia dikembalik­an.

Katanya, pihak PCCA telah mengadakan beberapa pertemuan dengan kerajaan negeri untuk mencari penyelesai­an namun kerajaan negeri enggan menyerahka­n semula rumah tersebut selagi PCCA tidak mengemukak­an dokumen pemilikan.

Menurutnya rumah dan tanah tersebut adalah atas nama empat pemegang amanah terawal yang telah meninggal dunia dan PCCA gagal membuktika­n mereka adalah waris sah.

“Kami cuma bimbang rumah warisan itu dijual kepada syarikat pemaju kerana ia terletak di lokasi strategik serta memang menjadi tumpuan pelancong terutama pelancong asing,” katanya, menambah BN Pulau Pinang akan bekerjasam­a dengan PCCA untuk mendapatka­n kembali rumah warisan masyarakat Cina tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia