Utusan Borneo (Sarawak)

Jerman membelasah Norway 6-0 di Stuttgart

England bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Slovakia 2-1 pada aksi kelayakan Zon Eropah

-

PARIS, Perancis: Jerman membelasah Norway 6-0 sementara England bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Slovakia untuk menghampir­i kelayakan Zon Eropah Piala Dunia 2018 Isnin lepas.

Timo Werner menjaringk­an dua gol untuk Jerman pada perlawanan di Stuttgart, sekali gus membolehka­n skuad kendalian Joachim Loew itu mencipta lapan kemenangan berturut-turut untuk kekal di tangga teratas Kumpulan C.

Tetapi dengan pasukan di tangga kedua, Ireland Utara, menewaskan Republik Czech 2-0 pada perlawanan di Belfast, Jerman perlu menunggu perlawanan seterusnya – menentang Ireland – pada 5 Oktober untuk mengesahka­n kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Werner, yang dicemuh penyokong sendiri ketika Jerman menewaskan Prague 2-1 di Czech Jumaat lepas, meninggalk­an padang dengan tepukan gemuruh dari penyokong kali ini selepas menjaringk­an gol pada minit ke-21 dan 40.

Se l e p a s be r g e l u t menewaskan Czech, Jerman mempamerka­n aksi yang lebih baik dengan Mesut Ozil membuka jaringan seawal minit ke-10.

Julian Draxler menambah jaringan sebelum Werner menjaringk­an dua gol untuk kedudukan 4-0 pada masa rehat.

Leon Goretzka menjaringk­an gol kelima selepas menggantik­an Werner sebelum Mario Gomez melengkapk­an jarin-

Ia menunjukka­n keindahan bola sepak. Joachim Loew Jurulatih Jerman

gan. I a adalah penawar sem- purna selepas kemenangan tipis di Prague, yang dicemari oleh sekumpulan 200 penyokong fanatik Jerman yang melaungkan slogan era Nazi. “Ia menunjukka­n keindahan bola sepak,” kata Loew, yang berkata insiden luar padang di Prague “memalukan Jerman”, dengan Werner menerima tepukan hormat selepas menjaringk­an dua gol. “Ia sangat menggembir­akan untuk bermain di sini dan kami memainkan peranan kami dengan beberapa gol dan permainan cantik.”

Ireland Utara akan menjamin satu tempat ke playoff kelayakan terakhir selepas gol kedua Jonny Evans dalam tempoh lapan tahun, selepas Chris Brunt membuka jaringan dari satu tendangan penalti pada minit ke-41.

“Saya fikir saya mungkin berkeduduk­an ofsaid,” akui Evans. “Saya merasakan saya perlu menanduk dan lihat apa yang akan berlaku. Selepas melihat bola memasuki padang, saya tidak ingat apa lagi selepas itu?”

J u - rulatih Ireland Ut a r a , Michael O’Neill memuji pasukannya selepas satu lagi aksi memberangs­angkan di benteng pertahanan.

“Kami berada pada kedudukan yang baik sekarang. Kami menjamin tempat kedua kumpulan dan tujuh dari lapan perlawanan, kami mengelak pintu gol dari dibolosi. Ia satu rekod yang hebat.” Di Wembley, England tersentak dengan gol Stanislas Lobotkva seawal minit ketiga ekoran kesilapan Marcus Rashford. Tetapi Rashford menebus kesilapann­ya dengan mengumpan gol penyamaan buat Eric Dier sebelum menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-59. Kemenangan England membolehka­n mereka berkelebih­an lima mata di tangga teratas Kumpulan F dengan England memerlukan hanya dua mata dari dua perlawanan terakhir untuk mengesahka­n kelayakan ke Rusia. Scotland menghidupk­an peluang untuk memburu playoff kelayakan terakhir dengan menewaskan Malta 2- 0 sementara Poland menewaskan Kazakhstan 3- 0 untuk kekal di tangga teratas Kumpulan E sementara De n m a r k menewaskan Armenia 4-1. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? Rashford (tengah) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol buat England ketika beraksi pada perlawanan kelayakan Zon Eropah Piala Dunia 2018 menentang Slovakia di Wembley Isnin lepas. GOL KEENAM: Gomez meraikan jaringanny­a ketika membantu Jerman...
— Gambar Reuters — Gambar Reuters Rashford (tengah) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol buat England ketika beraksi pada perlawanan kelayakan Zon Eropah Piala Dunia 2018 menentang Slovakia di Wembley Isnin lepas. GOL KEENAM: Gomez meraikan jaringanny­a ketika membantu Jerman...
 ??  ?? GEGAR JARING:
GEGAR JARING:
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia