Utusan Borneo (Sarawak)

Del Potro menentang Federer di peringkat suku akhir Terbuka AS

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Juan Martin del Potro mengenepik­an rasa tidak sihat untuk menyelamat­kan dua mata akhir sebelum menewaskan Dominic Thiem dalam lima set di Terbuka AS untuk menempah tempat ke suku akhir menentang Roger Federer Isnin lepas.

Pemain pilihan ke-24 dari Argentina itu menang 1-6, 2-6, 6-1, 7-6(7/1) dan 6-4 ke atas pilihan keenam dari Austria.

Del Potro pernah menewaskan Federer di final 2009 untuk kejuaraan Grand Slam tunggal sebelum kerjayanya diselubung­i beberapa masalah kecederaan.

Federer, pilihan ketiga ke- johanan, menewaskan Philipp Kohlschrei­ber dari Jerman 6-4, 6-2 dan 7-5.

Pada perlawanan lain, pilihan pertama, Rafael Nadal, mencipta kemenangan ke-50 beliau di Terbuka AS dan akan bertemu pemain remaja Rusia, Andrey Rublev.

Dalam bahagian wanita, pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova, menempah pertemuan suku akhir menentang pemain tuan rumah, CoCo Vandeweghe.

Pemain ranking ke- 418 dunia dari Estonia, Kaia Kanepi, juga meneruskan kemaraan ke suku akhir, menjadikan beliau pemain kelayakan kedua yang melangkah ke suku akhir kejohanan.

Tetapi tumpuan utama ialah kemenangan Del Potro, yang ketinggala­n 2-5 pada set keempat.

“Luar biasa sekali,” kata Del Potro.

“Saya tidak sihat pada dua hari terakhir. Saya datang ke sini untuk bermain di tahap terbaik dan kemudian apabila melihat sorakan penonton, saya cuba bermain dengan lebih baik pada setiap perlawanan.”

Federer mempunyai rekod 16-5 menentang Del Potro tetapi berkongsi 3 kemenangan dari enam perlawanan.

Nadal, juara 2010 dan 2013, boleh bertemu dengan Fe- derer buat kali pertama di peringkat separuh akhir di sini, menewaskan Alexander Dolgopolov 6- 2, 6- 4 dan 6-1.

Pemain berusia 31 tahun itu perlu menewaskan Rublev, 19, yang mengejutka­n David Goffin dari Belgium 7-5, 7-6(7/5) dan 6-3 untuk menjadi pemain paling muda melangkah ke suku akhir kejohanan sejak Andy Roddick pada 2001.

Kanepi, 23, bekas pemain ranking ke-15 dunia sebelum kerjayanya diselubung­i masalah kesihatan dan kecederaan, menewaskan Daria Kasatkina dari Rusia 6-4 dan 6-4. — AFP

 ??  ?? ALLI
ALLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia