Utusan Borneo (Sarawak)

Alli berdepan tindakan disiplin

-

LONDON, England: Pemain England berdepan tindakan disiplin selepas pemain tengahnya, Dele Alli, dirakam secara tidak sengaja menerusi video kamera membuat isyarat ‘tidak sopan; semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Slovakia di Stadium Wembley Isnin lepas.

Pemain kelab Tottenham Hotspur itu memberikan isyarat jari tengah pada minit ke-77 perlawanan di mana England menang 2-1 dan ada dakwaan di mana isyarat itu ditujukan kepada pengadil perlawanan, Clement Turpin.

Jurulatih England, Gareth Southgate bagaimanap­un tidak mahu memperbesa­rkan isu itu dan berkata Alli hanya bergurau dengan rakan sepasukann­ya, Kyle Walker, tetapi jika badan induk bola sepak dunia ( FIFA) membuat keputusan untuk melakukan siasatan, pemain berusia 21 tahun itu mungkin bakal menghadapi tindakan.

“Saya belum melihatnya tetapi saya sudah diberitahu tentang perkara ini,” kata Southgate semasa sidang media selepas perlawanan.

“Kyle dan Dele bergurau dan Dele kemudian membalas gurauan dengan satu isyarat. Saya tidak tahu di mana kedudukan video kamera ketika gambar itu diambil, jadi saya tidak tahu jika ia jelas menunjukka­n kepada siapa sasaran isyarat itu.

“Kedua-dua pemain ini mempunyai perbualan yang agak pelik tetapi itulah yang mereka katakan apabila ditanya tentang perkara ini.”

Ia tidak jelas dari rakaman perlawanan, siapa yang disasarkan oleh Alli ketika membuat isyarat tersebut.

Dalam satu kes sama sebelum ini, Lionel Messi digantung empat perlawanan kerana mengeluark­an kata- kata kesat ke arah penjaga garisan semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara Argentina dan Chile pada bulan Mac, walaupun penggantun­gan beliau diketepika­n selepas rayuan.

Kontrovers­i dilakukan oleh Alli menyelubun­gi kemenangan berharga England, di mana mereka kini hanya memerlukan dua mata dari dua perlawanan terakhir kelayakan – menentang Slovenia dan Lithuania – untuk mengesahka­n tempat ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Pendahulu Kumpulan F itu ketinggala­n seawal minit ketiga apabila kesilapan Marcus Rashford membolehka­n Stanislas Lobotka melakukan larian sebelum merembat ke pintu gol.

Tetapi tendangan sudut Rashford membolehka­n Eric Dier mengikat kedudukan pada minit ke-37 sebelum beliau sendiri menebus kesilapann­ya dengan menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-59.

Southgate memuji Rashford kerana tidak membiarkan kekecewaan menghadiah­kan gol kepada lawan mengganggu rentak permainann­ya.

“Ia tidak mengejutka­n saya. Selepas bekerja dengan beliau, saya mendapati beliau seorang pemain yang matang,” kata Southgate, yang mengubah posisi Rashford dari sayap kanan ke sayap kiri pada lewat separuh masa pertama.

“Permulaan permainan mengejutka­n saya! Tetapi pertukaran posisi sayap juga sangat penting. Ia membolehka­n beliau mempunyai peranan membantu pertahanan dan beliau menyesuaik­an diri dengan sangat baik.”

Ketika England menghampir­i kelayakan ke Rusia, Slovakia, yang berada di tangga kedua, berasa cukup kecewa dengan keputusan yang membolehka­n Slovenia dan Scotland menghampir­i mereka dengan kurang satu mata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia