Utusan Borneo (Sarawak)

Sampaoli nafi berbalah dengan Messi

-

BUENOS AIRES, Argentina: Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli, menafikan cadangan satu perbalahan dengan kapten pasukan, Lionel Messi, menjelang perlawanan penting kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Venezuela di tempat sendiri.

Argentina berada di tangga kelima kelayakan Zon Amerika Selatan, di luar slot kelayakan automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018, selepas seri tanpa jaringan dengan Uruguay pada perlawanan minggu lepas.

Selepas perlawanan, Sampaoli memberi pujian kepada Messi walaupun beliau beraksi agak hambar tetapi beliau terpaksa berdepan dengan dakwaan perhubunga­n tegang dengan penyerang sensasi Argentina.

“Kita hidup dalam masyarakat di mana, apabila satu penipuan diberitahu banyak kali, ia menjadi satu kebenaran,” kata beliau.

Messi, yang bermain di posisi penyerang tengah dengan diapit Mauro Icardi dan Paulo Dybala dan Angel Di maria, mendapati ia sukar untuk memberikan sebarang impak ketika menentang Uruguay tetapi Sa m p a o l i t i d a k me m - punyai ha s r a t un t u k c u b a mengelak k e - bergant un g a n ke p a d a Messi.

“Messi terlibat sepenuhnya supaya Argentina layak ke Piala Dunia,” kata beliau.

“P e m a i n seperti ( Ever) Banega, yang boleh mengelecek, memberikan Messi ruang untuk memasuki kawasan lawan.

“Gandingan itu adea: Leo dan Di Maria, Banega dan Leo, kami juga mencuba gandingan Leo dan Dybala dan Leo dan Icardi.” Sekiranya Argentina kekal di tangga kelima di akhir kempen kelayakan, mereka perlu bermain perlawanan playoff kelayakan terakhir menentang pasukan dari Oceania, New Zealand untuk satu te m p a t ke Rusia. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? SAMPAOLI
SAMPAOLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia