Utusan Borneo (Sarawak)

Nekad atasi pencapaian Sukan Para ASEAN di S’pura

Skuad memanah paralimpik negara mahu merebut tiga emas

-

KUALA LUMPUR: Skuad memanah paralimpik negara nekad mahu merebut tiga pingat emas daripada enam acara yang ditawarkan pada Sukan Para ASEAN Kesembilan yang dijadualka­n bermula dari 18 hingga 22 September ini.

Jurulatihn­ya, Marzuki Zakaria berkata sasaran tersebut adalah realistik berdasarka­n kepada prestasi semasa atlet yang kebanyakka­nnya meraih pingat pada kejohanan di luar negara, berbanding satu pingat emas yang diraih di Singapura, dua tahun lepas.

Kem memanah paralimpik negara terdiri daripada 10 pemanah kini sedang mengikuti latihan intensif di venue sebenar pertanding­an iaitu Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kita sudah mula sesuaikan diri dengan venue pertanding­an yang mana ia agak berbeza dengan padang latihan. Kita mahu atlet rasa seperti kejohanan sebenar namun kita cuba elak daripada sebarang kecederaan yang boleh menggangu prestasi mereka.

Saya harap atlet sudah bersedia dari segi ketahanan fizikal dan juga mental kerana dalam sukan memanah kekuatan mental adalah yang terpenting berbanding cabaran yang bakal diterima daripada atlet lain,” katanya.

Tiga pingat emas sukan memanah disasarkan melalui acara compound individu lelaki, compound berpasukan campuran dan recurve individu lelaki.

Kita sudah mula sesuaikan diri dengan venue pertanding­an yang mana ia agak berbeza dengan padang latihan. Kita mahu atlet rasa seperti kejohanan sebenar namun kita cuba elak daripada sebarang kecederaan yang boleh menggangu prestasi mereka. Marzuki Zakaria Jurulatih skuad memanah paralimpik negara

Mengulas mengenai cabaran yang bakal diterima pemanah negara, Marzuki berkata mereka akan menerima saingan sengit dari Thailand yang akan diwakili oleh tiga pema- nah Sukan Paralimpik Rio.

Sementara itu, atlet memanah compound negara, Yuhaizam Yahya berkata bertanding di padang sintetik tidak menjadi masalah bagi kebanyakka­n atlet negara kerana mereka sudah biasa beraksi di padang jenis itu sebelum ini.

“Saya akui memang ada tekanan terutamany­a beraksi di hadapan penonton tanah air. Mereka letak harapan tinggi kepada kami, mahu lihat kemenangan. Pada saya, cabaran terbesar sekali bukan saingan atlet lain tetapi diri sendiri... sama ada kita mampu atasi rasa gemuruh dan fokus kepada panahan.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA BERSAING: Pengurus Pasukan Memanah Para ASEAN Paul Leong (belakang kiri) dan Marzuki Zakaria (belakang kanan) bergambar selepas sidang media Kita Juara 2017 Sukan Para Asean bagi acara olahraga di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur semalam. Turut...
— Gambar Bernama SEDIA BERSAING: Pengurus Pasukan Memanah Para ASEAN Paul Leong (belakang kiri) dan Marzuki Zakaria (belakang kanan) bergambar selepas sidang media Kita Juara 2017 Sukan Para Asean bagi acara olahraga di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur semalam. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia