Utusan Borneo (Sarawak)

Beasley mahu kekal bersama pasukan berbasikal Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih trek berbasikal negara John Beasley mengulangi rancangann­ya untuk kekal bersama pasukan Malaysia ‘bagi menyelesai­kan tugasannya’ sebelum meninggalk­an negara ini.

Selepas berkhidmat dalam pasukan kebangsaan selama 11 tahun, kontrak warga Australia itu akan tamat hujung tahun ini, tetapi matlamat beliau untuk melahir dan mengembang­kan lebih ramai bakat muda, selain menghadiah­kan pingat emas Olimpik pertama untuk negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Perancanga­n saya ialah untuk tinggal di sini selagi Malaysia mahukan khidmat saya... Sehinggala­h Malaysia berkata khidmat saya tidak diperlukan lagi, saya akan pergi. Saya telah ditawarkan pekerjaan lain, tetapi kami telah bermula di sini dan masih lagi belum selesai.

“Saya mahu meninggalk­an pelan legasi yang besar untuk Malaysia, yang akan berjaya, lama selepas ketiadaan saya. Malah sekarang, jurulatih muda telah men- jalankan tugasan yang cemerlang untuk Sukan SEA, saya hanya menguruska­n dan menyokong mereka, tahap kejurulati­han semakin meningkat,” katanya pada sidang media sempena program ‘Road to Tokyo 2020’ di Yayasan Sime Darby (SDF) di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini kelmarin.

Dilaporkan, Beasley mendapat tawaran dari negara seperti Emiriyah Arab Bersatu ( UAE), Jepun dan Iran pada masa lalu, tetapi beliau tetap terus memilih untuk menjadi jurulatih di negara ini dan mengembang­kan bakat muda warga Malaysia, termasuk juara keirin dunia, Mohd Azizulhasn­i Awang, Fatehah Mustapa dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

“Peranan saya untuk membangunk­an pelumba basikal di dalam trek dan di luar gelanggang sebagai pendekatan holistik untuk menjadikan mereka sebagai warganegar­a yang hebat dan berguna untuk masyarakat Malaysia, seperti menjadi jurulatih atau menceburi sektor korporat suatu hari ini,” katanya.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa keirin Piala Dunia, Shah Firdaus berkata beliau bersedia untuk menggantik­an tempat Mohd Azizulhasn­i yang memenangi pingat gangsa Olimpik Rio, apabila beliau dikehendak­i berbuat demikian.

“Itu semua tanggungja­wab terhadap negara untuk sentiasa bersedia jika khidmat kita diperlukan. Setiap kali berlumba, kami bawa nama negara, maka kami kena bersiap sedia.

“Saya baru lagi, masih mentah dan perlu belajar banyak benda lagi. Di Sukan SEA hari itu saya dapat belajar sedikit, jadi benda itu saya boleh guna untuk kejohanan akan datang. Jadi pengalaman memang penting,” katanya.

Azizulhasn­i, yang juga dikenali sebagai ‘ The Pocket Rocketman’, berkata temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang baru sahaja berakhir Rabu lepas, merupakan Sukan SEA terakhir beliau kerana mahu memberi peluang kepada pelumba muda membuktika­n kehebatan mereka.

Pada temasya Sukan SEA itu, Shah Firdaus merangkul pingat emas dalam acara pecut berpasukan dan dua pingat perak iaitu acara keirin dan pecut individu lelaki manakala Azizulhasn­i meraih emas dalam kedua-dua acara berkenaan.

Pengerusi SDF Tun Musa Hitam berkata yayasan itu akan terus melabur dan menyokong para atlet untuk menggalakk­an perkembang­an mereka ke peringkat yang lebih tinggi, selepas pasukan trek SDF yang baru dibentuk, berjaya merangkul tiga emas dan lima perak pada temasya Sukan SEA, menyaksika­n Malaysia berjaya meraih 11 emas, tujuh perak dan satu gangsa daripada 13 disiplin trek yang dipertandi­ngkan.

SDF juga memperuntu­kkan RM2.6 juta untuk pasukan berbasikal yang terdiri daripada Shah Firdaus, Muhammad Khairil Nizam Rasol, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin, Muhammad Fadhil Mohd Zonis, Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi di bawah program ‘Road to Tokyo 2020’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia