Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa individu berminat untuk bimbing pasukan Sarawak pada musim depan

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Status kerusi ‘panas’ ketua jurulatih Sarawak dikosongka­n David Usop berikutan prestasi buruk ternyata menarik minat beberapa individu termasuk jurulatih luar bagi mengemudi skuad Ngap Sayot pada kempen Liga Malaysia musim depan.

Mendedahka­n perkara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais berkata setakat ini dua jurulatih telah menyatakan hasrat mereka untuk menggalask­an tugas yang kini dipangku oleh Pengiran Bala.

Katanya, FAS menerima dua permohonan daripada jurulatih kelab di Filipina dan penolong jurulatih kelab beraksi dalam Liga Super.

“Salah satunya ( permohonan) kita diterima daripada seorang jurulatih Eropah yang kini bersama sebuah kelab ternama di Filipina.

“Manakala seorang lagi adalah penolong jurulatih Felda United yang dahulunya pernah beraksi bersama pasukan Sarawak,” katanya ketika ditemui pada majlis anugerah sukan Sarawak di sini malam Sabtu lalu.

Menurutnya, selain itu dua lagi nama yang tidak asing dalam ingatan peminat sukan bola sepak Sarawak, Mohamad Mentali dan bekas penolong jurulatih era Alan Vest iaitu Lucas Kallang.

“Ya...tidak dinafikan kita ada menerima khabar tentang hasrat dua jurulatih tempatan itu tetapi kita (FAS) belum menerima sebarang permohonan setakat ini,” katanya.

Ditanya perkembang­an status David dalam pasukan Sarawak setakat ini, Posa berkata David masih bersama Sarawak namun kedudukann­ya hanya akan diketahui selepas Mesyuarat FAS diadakan nanti.

“David masih bersama kita (Sarawak) tetapi soal kedudukan beliau selepas ini akan ditentukan pada mesyuarat FAS sama ada sebelum atau selepas tamat Liga Super 2017 nanti,” jelas Posa.

Justeru, urusan pengambila­n jurulatih baharu pasti akan diteliti dengan terperinci terlebih dahulu terutamany­a apabila FAS kini mengamalka­n prinsip ‘lokal’.

Posa berkata, pihaknya akan mengkaji sebarang permohonan yang diterima sebelum membuat keputusan dan keutamaan diberi kepada jurulatih tempatan.

Apa yang penting, beliau menjelaska­n bahawa FAS turut menilai prestasi akhir pasukan Sarawak termasuk keputusan pembelian pemain- pemain baharu bagi mengharung­i musim depan.

“Kita juga mahu melihat kedudukan akhir pasukan Sarawak sama ada kekal atau tidak dalam Liga Super musim depan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

“Salah satunya (permohonan) kita diterima daripada seorang jurulatih Eropah ” yang kini bersama sebuah kelab ternama di Filipina. Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

 ??  ?? POSA
POSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia