Utusan Borneo (Sarawak)

Shalin Zulkifli bakal beraksi Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak

-

KUCHING: Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli antara bintang yang akan mencuri tumpuan pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2017 berlangsun­g di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini pada 6 hingga 9 September ini.

Selain pemenang emas Sukan SEA 2017 itu, atletatlet negara lain turut berentap bagi memburu gelaran termasuk Esther Cheah, Syaidatul Afifah, Rafiq Ismail, Alex Liew dan Syafiq Ridhwan.

Bagaimanap­un, skuad negara terpaksa berdepan cabaran sengit beberapa bintang antarabang­sa seperti Ryan Lalisang dari Indonesia, Tomokatsu Yamashita (Jepun), peserta Singapura Tracy See, Geraldine Ng dan ramai lagi.

Skuad remaja kebangsaan yang juga barisan bayangan SUKMA Sarawak dibarisi Christophe­r Tiong, Ervin Lim, Musayyar Khalid, Abang Afiq Yazid, Mohd Uzair, Gillian Lim, Nerosha Keligit dan Jocelyna Judith Jonathan turut terpilih bagi menghayunk­an cabaran negara.

Mereka antara 220 peserta yang akan memburu kejuaraan pada temasya peringkat dunia berlangsun­g selama empat hari itu.

Blok pertama sebanyak lapan perlawanan melibatkan skuad A bermula pagi ini ( 8.30 pagi) disusuli pertarunga­n skuad B jam 1.30 tengah hari dan skuad C, jam 6.30 petang.

Manakala persaingan Blok kedua akan diteruskan esok bermula jam sama.

Perlawanan akhir Masters bagi ‘ Classified’ dan Remaja bermula pada Jumaat (8 September) disusuli Final Masters Terbuka akan berlangsun­g pada Sabtu, 9 September.

Kejohanan kali terakhir diadakan pada 1998 itu anjuran Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan kerajaan negeri.

Ia menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM100,000 kepada pemenang.

 ??  ?? BERSEDIA: Naib Presiden ABAS, Robert Lu (belakang, empat kiri) bersama skuad kebangsaan dan remaja negara diketuai Shalin Zulkifli (barisan tengah, empat kanan), pegawai dan jurulatih.
BERSEDIA: Naib Presiden ABAS, Robert Lu (belakang, empat kiri) bersama skuad kebangsaan dan remaja negara diketuai Shalin Zulkifli (barisan tengah, empat kanan), pegawai dan jurulatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia