Utusan Borneo (Sarawak)

Kecekapan hadapi peperangan hutan tarik AS jalani latihan bersama

-

KECEKAPAN dan pengalaman Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menghadapi peperangan hutan antara faktor menarik minat Markas Pasifik Tentera Darat Amerika Syarikat (Usarpac) terus menjalin kerjasama latihan sejak 21 tahun lepas.

Panglima 4 Briged Mekanize Brig Jen Datuk Md Din Abu berkata Eksesais Keris Strike Siri 21/2017 yang merupakan eksesais bilateral dua negara selama 12 hari baru-baru ini, melibatkan seramai 379 anggota Usarpac yang berpangkal­an di Hawaii dan 456 anggota TDM.

“Eksesais ini telah dimulakan sejak 1996 dan tahun ini melibatkan tiga lokasi di sekitar Pahang iaitu Kem Batu 3 Temerloh, Kem Batu 5 Mentakab dan kawasan am Hutan Kemasul di sini yang mana akan turut melibatkan penggunaan helikopter tentera mereka iaitu Black Hawk.

“TDM akan memberikan pendedahan terhadap pelaksanaa­n operasi hutan selain memberi penekanan dalam operasi bantuan menyelamat dan kemanusiaa­n dengan mengguna pakai senario banjir,” katanya pada sidang media selepas upacara pembukaan eksesais itu di Kem Batu 5 Mentakab di Temerloh, baru-baru ini.

Upacara pembukaan disempurna­kan Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan turut hadir ialah wakil delegasi Tentera Amerika Syarikat, Commander of 116th Cavalry Brigade Combat Team Colonel Farin D. Schwartz.

Md Din menambah latihan yang diadakan akan meningkatk­an keupayaan tentera kedua-dua negara untuk berkhidmat dalam operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau menyertai operasi pelbagai keadaan pada masa hadapan.

“Eksesais ini menjadi platform kepada keduadua negara untuk mempelajar­i teknik, taktik dan prosedur baharu selain mengukuhka­n hubungan dan kerjasama ketenteraa­n,” katanya. Sementara itu, Hasagaya dalam ucapannya mengingatk­an anggota TDM yang terlibat untuk memanfaatk­an sepenuhnya latihan bagi menimba pengalaman dan pengetahua­n sebanyak mungkin daripada Usarpac.

“Saya mahu semua anggota TDM menunjukka­n tahap profesiona­l yang paling maksimum dalam semua aspek kerana nama baik TDM bergantung kepada apa yang ditunjukka­n sepanjang latihan berlangsun­g,” katanya.

Sementara itu, Schwartz berkata pihaknya berminat untuk bekerjasam­a dalam eksesais lapangan terutamany­a mengenai operasi hutan dan kemahiran kelangsung­an hidup kerana ia akan memberikan mereka pengalaman dan kepakaran baharu.

“Kami melihat mereka sebagai pasukan yang sangat berkemampu­an dan banyak yang dapat kami pelajari. Iklim di Malaysia berbeza daripada apa yang kami fahami sebelum ini. Setiap organisasi membawa elemen berbeza dalam eksesais seperti ini.

“Bertukar maklumat dan pengalaman dari Malaysia adalah satu peluang untuk kami pelajari. Berdasarka­n kepada iklim dan kawasan yang mereka ada di sini, menjadikan pasukan Malaysia pakar dalam hidup di hutan.

Ini boleh meningkatk­an keupayaan kami untuk beroperasi dalam persekitar­an yang sama,” katanya.

Schwartz berkata Usarpac juga akan berkongsi kepakaran mereka dalam responder pertama perubatan, bantuan kemanusiaa­n dan bencana, pesawat udara tanpa pemandu, ‘counter improvised explosive device’ dan pasukan operasi khas sepanjang latihan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Sebahagian peserta Eksesais Keris Strike siri 21/2017 antara tentera darat Malaysia dengan United States Army Pacific (USARPAC) bergambar bersama.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Sebahagian peserta Eksesais Keris Strike siri 21/2017 antara tentera darat Malaysia dengan United States Army Pacific (USARPAC) bergambar bersama.
 ?? — Gambar Bernaam ?? RASMI: Colonel Farin (kanan) merasmikan Eksesais Keris Strike siri 21/2017 antara tentera darat Malaysia dengan United States Army Pacific (USARPAC) di Padang Kawad Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (Mekanize), Kem Batu 5 Mentakab, dekat Temerloh....
— Gambar Bernaam RASMI: Colonel Farin (kanan) merasmikan Eksesais Keris Strike siri 21/2017 antara tentera darat Malaysia dengan United States Army Pacific (USARPAC) di Padang Kawad Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (Mekanize), Kem Batu 5 Mentakab, dekat Temerloh....
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMAT: Hasagaya menyemat toha kepada seorang anggota.
— Gambar Bernama SEMAT: Hasagaya menyemat toha kepada seorang anggota.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSATU: Sebahagian peserta Eksesais Keris Strike siri 21/2017 antara tentera darat Malaysia dengan United States Army Pacific (USARPAC) beramah mesra selepas perasmian oleh Hasagaya.
— Gambar Bernama BERSATU: Sebahagian peserta Eksesais Keris Strike siri 21/2017 antara tentera darat Malaysia dengan United States Army Pacific (USARPAC) beramah mesra selepas perasmian oleh Hasagaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia