Utusan Borneo (Sarawak)

Terus sandarkan cinta pada Aliff Aziz

-

KADANG-KADANG, mencintai seseorang itu boleh menyakitka­n hati kita sendiri. Perasaan sedih pasti akan melanda jiwa tetapi mungkin itulah pengorbana­n yang terpaksa dilakukan demi kebahagiaa­n insan kita sayangi. Namun, sejauh manakah anda rela bersabar dan bertahan dengan segala ujian yang menimpa hidup, semata-mata ingin melihat pasangan anda bahagia?

Begitulah nasib Mira Filzah sebagai orang isteri dalam ‘Meh Sandar Lagi’, drama sekuel lapan episod dari drama adaptasi novel mereka yang masih ingin menyaksika­n gandingan hebat Mira Filzah dan Aliff Aziz. Dengan itu, kami berharap para penonton akan menikmati dan terus memberi sokongan kepada drama sekuel ini.”

Selain Mira Filzah dan Aliff Aziz, drama terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh saudara Kyoll Hamzah itu diperkuat lagi dengan gandingan pelakon-pelakon seperti Aishah Ilias, Asyraf Aley, Haliza Misbun, Alicia Amin dan juga Daler Yusof.

‘Meh Sandar Lagi’ mengisahka­n Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaa­n mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangg­a pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasam­a dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidik­an di makmal mereka. Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilang­kan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

Atas rasa tanggungja­wab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancanga­nnya itu langsung

tidak disukai suaminya.

Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu.

Mampukah Tasneem menyelamat­kan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwina­n mereka pada masa yang sama?

Jangan ketinggala­n untuk menonton lakonan hebat Mira Filzah dan Aliff Aziz dalam drama bersiri ‘Meh Sandar Lagi’, setiap hari Isnin hingga Khamis, menerusi slot Akasia, hanya di TV3.

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com. my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysi­a, dan tidak ketinggala­n juga Instagram rasmi @

dramasanga­t.

 ??  ?? WATAK IBU: Haliza Misbun turut berlakon.
WATAK IBU: Haliza Misbun turut berlakon.
 ??  ??
 ??  ?? SANDAR LAGI: Mira Filzah dan Aliff Aziz dalam ‘Meh Sandar Lagi’.
SANDAR LAGI: Mira Filzah dan Aliff Aziz dalam ‘Meh Sandar Lagi’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia