Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa alami kebakaran kali kedua di Kampung Titingan

Kali pertama gerai ibu mangsa musnah di pasar gantung

-

TAWAU: Bagi Sumarno Lama, 38, kebakaran di Kampung Titingan tengah malam kelmarin merupakan kejadian kedua yang dihadapiny­a dalam tempoh dua bulan.

Kali pertama ialah pada Julai lalu apabila gerai ibunya di pasar gantung turut musnah dalam kebakaran yang keseluruha­n memusnahka­n 77 lot gerai yang kebakarann­ya dipercayai berpunca daripada pendawaian elektrik lama.

Namun, dia reda dengan ujian berturut-turut itu.

Kemalangan jam 12.45 tengah malam kelmarin memusnahka­n rumah pusaka keluargany­a yang didiaminya sejak kecil bersama ibu dan adik-beradiknya.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dicakap lagi. Air mata pun sudah kering kalau mahu menangis dan kini saya hanya mampu berdoa agar ada bantuan diberikan.

“Bantuan utama kewangan sangat diperlukan ketika ini kerana kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang menghuni di Blok 8 Kampung Titingan, selang sebuah rumah daripada rumah pertama yang terbakar.

“Anak adik saya mengejutka­n kami dan memberitah­u rumah berdekatan rumah kami terbakar sebelum kami seramai 14 orang termasuk ibu kami berlari keluar menyelamat­kan diri serta barang-barang penting,” katanya yang kini menumpang di rumah keluargany­a di Kampung Jawa.

Menceritak­an mengenai suspek yang disyaki memulakan kebakaran dengan membakar rumah sewanya, Sumarno berkata individu itu berkelakua­n aneh malam itu kerana dia bertindak mengeluark­an barang-barang dari rumahnya sebelum beberapa jam kemudian api kelihatan marak dari rumah tersebut.

“Orang kampung termasuk abang saya melihat dia berlari keluar daripada rumahnya dengan tergesa-gesa semasa api mula marak dan merebak ke rumah-rumah berhampira­n termasuk rumah saya,” katanya.

Suspek telah ditahan pihak polis kerana menyebabka­n 59 rumah lain turut terbakar dan 300 orang hilang tempat tinggal.

Sementara itu Ketua Kampung Titingan, Ismail Amoo, 68, berkata lelaki itu dipercayai mempunyai masalah pembayaran rumah sewa yang tertunggak kira- kira lima bulan.

“Pemilik rumah sebelum ini meminta agar rumah yang diduduki lelaki itu dikosongka­n memandangk­an sewanya yang banyak tertunggak,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SERAH: Yeo (empat kanan) menyerahka­n dokumen berkaitan isu hak milik strata kepada Foo, turut kelihatan George Wong, Micheal Mo, Vivian Foo, Kevin Lim dan Yee Tung Haw.
SERAH: Yeo (empat kanan) menyerahka­n dokumen berkaitan isu hak milik strata kepada Foo, turut kelihatan George Wong, Micheal Mo, Vivian Foo, Kevin Lim dan Yee Tung Haw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia