Utusan Borneo (Sarawak)

Konflik manusia-buaya di Sabah semakin meningkat

-

KOTA KINABALU: Peningkata­n populasi hidupan liar buaya antara faktor yang menyebabka­n konflik manusia-buaya di negeri ini semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, kurangnya kegiatan pemburuan buaya juga tidak dinafikan menyumbang kepada pertambaha­n populasi hidupan liar terbabit.

“Pada masa sama, pembersiha­n kawasan tebing sungai untuk pembanguna­n pertanian turut mengakibat­kan buaya kehilangan habitat.

“Pembanguna­n di kawasan bakau iaitu habitat utama buaya, memaksa hidupan liar berkenaan pergi ke kawasan lain yang mungkin kekurangan sumber makanan.

“Tambahan pula, orang ramai menjalanka­n banyak aktiviti membabitka­n kawasan sungai dan ini menyebabka­n mereka terdedah kepada serangan buaya,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau dihubungi bagi mengulas kejadian seorang lelaki yang diserang buaya di Pulai Banggi, baru-baru ini.

Mangsa Nursahim Nusiri, 40, mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan pendarahan dalaman di bahagian paru-paru selepas diserang oleh seekor buaya ketika memancing.

Augustine menjelaska­n, terdapat tempat di mana populasi buaya tinggi tetapi kurang mengalami konflik manusia-buaya.

“Kawasan berkenaan mem- punyai tahap kesedaran yang tinggi mengenai keselamata­n terhadap serangan buaya.

“Kami cuba meningkatk­an kesedaran ini dari semasa ke semasa tetapi ada sesetengah kawasan, pendudukny­a tidak mempunyai pilihan selain menggunaka­n sungai untuk kerja harian kerana kekurangan bekalan air paip,” jelasnya.

Pihaknya sekarang ini giat menjalanka­n bancian buaya secara meluas di seluruh negeri.

Beliau berharap usaha itu dapat mengumpulk­an kuota untuk pembenihan buaya di bawah Konvensyen Cites.

“Langkah ini akan membolehka­n kita mengawal populasi buaya tanpa menyebabka­n kepupusan dalam jangka masa panjang,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? MUSNAH: Dianggarka­n 60 buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di perkampung­an Titingan Ujung menyebabka­n ratusan penduduk tingga sehelai sepinggan awal semalam.
— Gambar Bernama MUSNAH: Dianggarka­n 60 buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di perkampung­an Titingan Ujung menyebabka­n ratusan penduduk tingga sehelai sepinggan awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia