Utusan Borneo (Sarawak)

Labuan bersiap sedia hadapi kemungkina­n penularan rabies

-

LABUAN: Pihak berkuasa kesihatan di sini bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kemungkina­n berlaku penularan rabies atau penyakit anjing gila melalui kerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata klinik dan hospital kerajaan di pulau bebas cukai ini juga dilengkapi kemudahan diperlukan untuk menghadapi kemungkina­n itu, termasuk vaksin.

“Petugas perubatan kami di klinik dan hospital kerajaan telah menjalani latihan simulasi mengenai rabies sebagai persiapan menghadapi penularan penyakit itu di sini,” katanya pada sidang akhbar selepas berakhirny­a Latihan Simulasi Lapangan Satu Kesihatan mengenai Rabies untuk Borneo Utara di sini semalam.

Beliau berkata jabatan itu telah menubuhkan unit bagi mengesan kehadiran penyakit bagi melancarka­n urusan pengumpula­n data berkaitan.

“Sebaik sahaja kami menerima data dan maklumat mengenai penularan sesuatu penyakit, tindakan segera akan diambil untuk mengawalny­a,” kata beliau.

Menurut beliau, langkah mencegah penularan rabies dilaksanak­an melalui pendekatan holistik oleh semua agensi kerajaan, termasuk Perbadanan Labuan (LC) dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Labuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Pengarah Jabtan Perkhidmat­an Vet- erinar Labuan Dr Elizabeth Edward Juan mengesahka­n bahawa ketika ini, Labuan bebas daripada penularan rabies dan jelas beliau, pemantauan sentiasa dilakukan bagi mengesan penyakit itu.

“Kami sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kemungkina­n tercetusny­a penularan penyakit kerana tidak wujud risiko sifar sebab setiap kawasan mempunyai risiko tersendiri.

Satu daripada cara untuk mengawal ketat penularann­ya ialah dengan mengharamk­an kemasukan kucing dan anjing dari Sarawak,” kata beliau.

Pengerusi majlis penasihat LC Datuk Bashir Alias pula berkata operasi menangkap anjing liar di kampung dan kawasan kediaman juga telah dimulakan dengan bantuan orang ramai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia