Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tangkap lelaki kes ‘mengamuk’ di Taman Semarak

-

TAWAU: Polis sudah menangkap seorang lelaki yang dilaporkan ‘mengamuk’ dengan melibas kereta seorang pesara polis yang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk Solat Subuh pada Sabtu.

Polis masih sedang mengenal pasti jenis senjata yang digunakan namun ‘serangan itu’ dipercayai berpunca akibat suspek mabuk dan khayal dadah semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek, 26, ditahan pada Ahad kira-kira jam 11.30 pagi hasil maklumat awam.

“Suspek diberkas di atas sebuah bangunan kedai, Blok A Tingkat 1, Taman Industri Jade, Tawau,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, penahanan suspek dibuat berikutan aduan daripada seorang pesara polis, 74, berhubung kejadian yang dilaporkan berlaku di Lorong 2A Taman Semarak, Tawau.

Menurutnya, semasa mangsa menaiki kenderaan menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh, keretanya dilibas dengan senjata tajam oleh se- orang lelaki tidak dikenali.

“Pengadu hanya melihat tindakan lelaki terbabit dan tidak berani untuk berhenti atau keluar dari kenderaan kerana risau akan keselamata­n dirinya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabka­n kerosakan di bahagian pintu hadapan kenderaan mangsa sepanjang kira-kira empat dengan kerugian dianggarka­n bernilai RM500.

Fadil berkata, berdasarka­n rakaman yang beredar di Facebook, suspek juga disyaki turut merosakkan sebuah lagi kenderaan, namun belum ada laporan polis diterima setakat ini.

“Hasil ujian saringan air kencing, suspek didapati positif menthampet­amine dan rekod lampau menunjukka­nnya pernah ditangkap berkaitan kes dadah pada 2015,” katanya.

Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ( ugutan jenayah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia