Utusan Borneo (Sarawak)

The Claypot House tampilkan masakan tradisiona­l periuk tanah liat

-

KUCHING: Nikmati masakan cara tradisiona­l periuk tanah liat masyarakat Cina di The Claypot House bagi kesihatan tubuh badan dan enak untuk dinikmati.

Premis yang baharu sahaja dibuka bermula 2 September dan berada di tingkat atas Everrise BDC (berhadapan dengan POPULAR Bookstore) itu mempunyai keluasan melebihi 2,000 kaki persegi serta berupaya memuatkan lebih daripada 100 orang pada satu- satu masa.

Menurut pemilik premis, Yeo Seck Yong terdapat pelbagai hidangan tradisiona­l yang menjadi kegemaran masyarakat Cina disediakan di sini selain ulam-ulaman, makanan Barat, mi dan minuman yang menjadi kegemaran masyarakat setempat.

Bahkan pihaknya menyediaka­n sekitar 14 menu ‘ signature’ miliknya seperti ‘Salted Fish Chicken’, ‘Ginger Chicken’, ‘Pakistan Curry Chicken’, ‘Potatoes Chicken’, ‘ Herbal Mush- room Chicken Soup’, ‘Winter Melon Chicken Soup’, ‘Pakistan Curry Lamb Claypot’ dan banyak lagi.

Premis tersebut sebelum ini berasal dari sebuah medan selera berdekatan dengan Emart Batu Kawah di sini.

Kata Yeo, pihaknya mahu menawarkan lebih keselesaan kepada pelanggan setianya di sini dan membuka sebuah tempat baharu yang lebih kondusif untuk memberi suasana dan kenangan yang lebih selesa dan berhawa dingin sesuai untuk keluarga dan rakan taulan.

Semua menu disediakan oleh Cef Thian Fan Siong yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia masakan dan pernah berhijrah mencari pengalaman di Semenanjun­g negara, Hong Kong dan England.

Ramuan pasta yang disediakan untuk pembuatan Pakistan Curry Curry Chicken dan Pakistan Curry Lamb Claypot bukanlah kari biasa tetapi ia adalah rahsia dari dapur The Claypot House.

Selain itu, pihaknya tidak menghidang makanan tidak halal dan masih menunggu pengiktira­fan sijil halal setakat ini dengan caj harga yang berpatutan untuk semua lapisan masyarakat.

Turut hadir pengurus Nigel Bong.

 ??  ?? SUP TOM YAM
SUP TOM YAM
 ??  ?? DAGING PEDAS
DAGING PEDAS
 ??  ?? AYAM DAN IKAN MASIN
AYAM DAN IKAN MASIN
 ??  ?? SIHAT: Thian (dari kiri), Yeo dan Nigel menunjukka­n tanda bagus di hadapan hidangan signature yang disediakan di premis tersebut.
SIHAT: Thian (dari kiri), Yeo dan Nigel menunjukka­n tanda bagus di hadapan hidangan signature yang disediakan di premis tersebut.
 ??  ?? LAZAT: Hidangan periuk tanah liat yang lazat tampil bersama ulam-ulaman.
LAZAT: Hidangan periuk tanah liat yang lazat tampil bersama ulam-ulaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia