Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom terajui pembiayaan peranti pintar secara ansuran

Miliki telefon pintar popular dengan hanya RM74 sebulan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Berita terhebat untuk pelanggan Xpax kerana buat pertama kalinya di negara ini, Celcom Xpax menawarkan EasyPhone untuk pelanggan prabayar dengan pelbagai telefon pintar melalui skim ansuran 24 bulan dari serendah RM74 sebulan.

Sebelum ini, pelan ansuran ini hanya dapat dinikmati pengguna pascabayar, namun kini, Celcom menjadi yang pertama dalam memperkena­lkan pelan ansuran pembiayaan pembelian telefon pintar kepada pengguna prabayar.

Melalui kerjasama dengan AEON Credit Service (M) Berhad, EasyPhone untuk Prabayar adalah perintis bagi pelan pembiayaan ansuran telefon pintar yang memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna serta menyediaka­n kemudahan yang mampu dimiliki serta keterhubun­gan berterusan apabila mereka mendaftar untuk membeli telefon pintar yang popular.

Untuk menggalakk­an penggunaan telefon pintar di negara ini, pelan ansuran ini memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk menikmati teknologi terkini dengan cara yang mudah. EasyPhone™ untuk Prabayar adalah unik kerana ia menawarkan pilihan lebih daripada 30 siri model terkini Samsung, Huawei, Oppo, Xiaomi dan iPhone 6 dan iPhone 7.

Ia adalah yang terkini untuk pengguna di mana ciri-ciri unik EasyPhone untuk Prabayar membolehka­n pemilikan mudah alih telefon pintar tanpa kad kredit atau bayaran pendahulua­n. Selain itu, dengan setiap pendaftara­n EasyPhone ™ untuk Prabayar, pengguna akan menikmati masa berbual bernilai RM30 yang disertakan sebagai sebahagian daripada jumlah ansuran bulanan mereka, selama 24 bulan.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, EasyPhone untuk Prabayar adalah eksklusif dan yang pertama seumpamany­a dalam pasaran yang membolehka­n pemilikan mudah untuk telefon pintar untuk pengguna prabayar, dan menyediaka­n pengalaman pengguna yang hebat untuk Internet melalui telefon pintar.

“Tiada tandingan seumpama EasyPhone untuk Prabayar. Ia adalah pilihan yang sempurna dan tidak dapat dibandingk­an dengan pengguna teknologi pintar yang ingin memiliki telefon pintar tanpa dibebani dengan kos tinggi untuk memiliki peranti terkini.

“Pelanggan Xpax kami tidak perlu tercari-cari lagi di tempat lain bagi memliliki telefon pintar impian mereka, kerana kini mereka boleh memperoleh­inya hanya dengan proses pendaftara­n yang mudah. Mereka boleh memohon melalui Portal Aplikasi Dalam Talian atau pergi ke Blue Cube terdekat untuk mendaftar,” katanya.

EasyPhone untuk Prabayar menawarkan pelan ansuran 24 bulan dan berpatutan untuk pengguna prabayar Xpax. Untuk mendaftar, mereka boleh memohon melalui aplikasi digital yang mudah atau berkunjung ke outlet Blue Cube terdekat. Untuk memohon, mereka perlu menyediaka­n dokumentas­i sokongan termasuk maklumat mengenai status pekerjaan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xpax.com.my/ easyphone.

 ??  ?? TIADA TANDINGAN: Celcom Xpax menawarkan EasyPhone untuk pelanggan prabayar dengan pelbagai telefon pintar melalui skim ansuran 24 bulan dari serendah RM74 sebulan.
TIADA TANDINGAN: Celcom Xpax menawarkan EasyPhone untuk pelanggan prabayar dengan pelbagai telefon pintar melalui skim ansuran 24 bulan dari serendah RM74 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia