Utusan Borneo (Sarawak)

Orkestra Konsert Diraja United Kingdom bakal buat persembaha­n di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Bagi peminat muzik orkestra, anda kini berpeluang melihat sendiri persembaha­n Orkestra Konsert Diraja United Kingdom yang menampilka­n persembaha­n konsert tahunan daripada Toyota Klasik di Dewan Filharmoni­k Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 31 Oktober ini.

Siri konsert klasikal yang dibawa kumpulan orkestra UMW Toyota Motor dan Toyota Motor Asia Pasifik itu terkenal di serata dunia sejak 1990 dengan kepelbagai­an komposisi klasikal, klasikal ringan dan muzik popular.

Acara ini dijangka akan menjadi tarikan dalam kalendar kebudayaan bagi bulan Oktober di Malaysia.

Selain daripada mem- perkaya aspek kesenian, acara ini juga disasarkan untuk mengumpulk­an dana daripada jualan tiket serta derma korporat yang akan disalurkan untuk kegunaan program pembanguna­n belia.

Kutipan berkenaan akan diserahkan kepada dua penerima utama; Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA).

Presiden UMW Toyota Motor K Ravindran berkata, UMW Toyota Motor memberi sokongan kepada 65 organisasi kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan jumlah keseluruha­n lebih RM8 juta daripada sumbangan itu.

“Sumbangan ini bukti kes- ungguhan kami mewujudkan usaha dan tanggungja­wab terhadap masyarakat yang menjadi nilai utama organisasi kami,” katanya pada sidang media Toyota Klasik 2017 baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Akio Takeyama, Presiden PEKA Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil serta pensyarah kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Indra V Selvarajah.

Tiket persembaha­n orkestra boleh didapati pada harga antara RM106, RM159, RM212 dan RM265 yang boleh dibeli bermula hari ini di Box Office Dewan Filharmoni­k PETRONAS atau tempahan menerusi toyota. com.my.

 ??  ?? TERKENAL: Orkestra Konsert Diraja United Kingdom akan diadakan di KLCC pada 31 Oktober ini.
TERKENAL: Orkestra Konsert Diraja United Kingdom akan diadakan di KLCC pada 31 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia