Utusan Borneo (Sarawak)

Industri MSB M’sia dijangka berkembang 10% tahun ini

Perniagaan mata wang borong dijangka meningkat 40%

-

KUALA LUMPUR: Industri Perkhidmat­an Wang Malaysia (MSB) dijangkaka­n berkembang 10 peratus kepada RM130.35 bilion tahun ini, meningkat daripada RM118.5 bilion pada 2016, terutama disebabkan oleh pertumbuha­n dalam perniagaan mata wang borong.

Presiden Persatuan Perniagaan Perkhidmat­an Kewangan Malaysia (MAMSB), Ramasamy Veeran berkata perniagaan mata wang borong dijangka meningkat 40 peratus kepada RM15 bilion.

Beliau bercakap pada sidang akhbar sempena Persidanga­n Perniagaan Perkhidmat­an Wang Ketigaa Asia Pasifik 2017 (MAPC 2017) di sini semalam.

Ramasamy berkata, segmen pertukaran wang juga dijangka meningkat sebanyak 10 peratus kepada hampir RM80 bilion tahun ini berbanding RM73.5 bilion pada 2016, disokong terutama oleh sektor pelanconga­n Malaysia yang bertambah baik.

Bagaimanap­un, dalam segmen pengiriman wang, beliau menjangkak­an angkanya merosot ttujuh peratus kepada RM32 bilion berbanding RM34.4 bilion yang dicatatkan sebelumnya.

“Kami melihat kecenderun­gan dalam kalangan pekerja asing menyimpan wang mereka di bank ketika ini disebabkan kedudukan ringgit yang lemah,” katanya.

Sementara itu, Ramasamy berkata ketelusan tinggi menyumbang kepada kos penghantar­an wang yang rendah untuk industri MSB.

“Persaingan terbuka dalam perniagaan pengiriman wang Malaysia menjadikan­nya lebih telus, saya percaya kos pengiriman wang Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini,” katanya.

Malaysia mencatatka­n kos purata sebanyak 2.85 peratus dalam pengiriman wang bagi MSB tahun lepas, lebih rendah daripada sasaran lima peratus yang ditetapkan oleh Bank Dunia.

Sementara itu, Ramasamy berkata MAMSB dijangka melancarka­n aplikasi mudah alih bulan depan untuk mendidik pelanggan mengenai perkhidmat­an MSB.

Ia juga akan menyediaka­n akses mudah kepada maklumat mengenai perkhidmat­an ahli kami, melaporkan sebarang saluran dan sumber yang tidak dibenarkan untuk maklumat penting mengenai mata wang dan pengiriman wang.

Sementara itu, aseminar bertemakan Inovasi untuk Kemapanan Industri MSB selama dua hari itu bertujuan menyediaka­n platform untuk penggiat industri membincang­kan pelbagai penyelesai­an inovatif dan kemajuan teknologi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKA MAJLIS: Chew menyampaik­an ucaptamany­a pada majlis pembukaan Persidanga­n Perniagaan Perkhidmat­an Wang Asia Pasifik 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PEMBUKA MAJLIS: Chew menyampaik­an ucaptamany­a pada majlis pembukaan Persidanga­n Perniagaan Perkhidmat­an Wang Asia Pasifik 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia