Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah kukuh dilaksana kesan wang Malaysia palsu

-

KUALA LUMPUR: Anggota Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM) mempunyai dan melaksanak­an langkah kukuh untuk mengesan wang yang disyaki palsu.

Dalam kenyataan, ABM berkata, langkah itu termasuk mengesahka­n kesahihan wang sebelum diedarkan dan tindakan itu dilaksanak­an di peringkat mesin, serta di kaunter cawangan-cawangan bank.

“Setiap bank mempunyai prosedur dalaman khusus masing- masing berkaitan proses wang. Secara amnya, kesemua wang akan diimbas dan disahkan sebelum dimasukkan ke dalam Mesin Juruwang Automatik dan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM).

“Sebagai tambahan, wang yang didepositk­an di CRM dan Mesin Deposit Tunai (CDM) oleh pelanggan bank adalah diimbas oleh mesin tersebut. Sebarang wang palsu yang didepositk­an akan dikesan dan ditolak sertamerta,” menurut ABM.

Persatuan itu mengulas laporan media baru-baru ini mengenai wang palsu yang didakwa dikeluarka­n dari ATM dan di kaunter bank tanpa disedari.

ABM berkata, bank digesa mematuhi garis panduan dikeluarka­n oleh pihak pengawalse­liaan berkaitan pengendali­an wang yang disyaki palsu.

Mengikut garis panduan itu, kesemua wang yang disyaki palsu perlu dikekalkan, dilaporkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

“Kami mahu mengingatk­an orang ramai bahawa wang palsu adalah tidak sah di sisi un- dang-undang, tidak ada nilai yang diberikan kepada wang palsu,” menurut ABM.

Orang ramai yang memiliki wang yang disyaki palsu dinasihatk­an membuat laporan polis dan menyerahka­nnya.

Wang disyaki palsu yang kemudianny­a disahkan tulen selepas siasatan akan dipulangka­n kepada pelanggan bank berkenaan.

Orang ramai dinasihatk­an menghubung­i pusat khidmat bank masing- masing atau ABMConnect di 1-300-889980 untuk sebarang pertanyaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PENDEDAHAN: Mohamed Rafique ketika menyampaik­an taklimat mengenai perbankan Islam pada Bengkel Perbankan dan Kewangan Islam 2.0 bersama media di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERI PENDEDAHAN: Mohamed Rafique ketika menyampaik­an taklimat mengenai perbankan Islam pada Bengkel Perbankan dan Kewangan Islam 2.0 bersama media di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia