Utusan Borneo (Sarawak)

MDV akan biaya lebih 300 syarikat menerusi dana ketiga RM1 bilion

-

KUALA LUMPUR: Rakuten Trade Sdn Bhd kelmarin melancarka­n program ganjaranny­a secara rasmi dengan tiga penyedia program kesetiaan terkemuka tempatan – AirAsia BIG, B Infinite oleh Berjaya Group dan BonusLink.

Menurutken­yataanRaku­ten, tiga rakan kongsi sekutu itu bersama-sama menyertai satu ekosistem kukuh oleh Rakuten Trade dalam usaha meningkatk­an tahap pasaran dagangan ekuiti dalam talian yang lebih lazim kepada program rakan kongsi tunggal.

Rakuten Trade merupakan syarikat usaha sama 50:50 antara Kenanga Investment Bank Bhd dan Rakuten Securities, Inc yang berpangkal­an di Jepun.

Kempen FC Barcelona GOAL turut diumumkan yang membolehka­n semua pelanggan Rakuten Trade meraih mata Rakuten Trade dua kali ganda bagi dagangan yang berhasil, pada bila-bila masa FC Barcelona memenangi perlawanan Liga Juarajuara UEFA 2017/18 dan La Liga 2017/18. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia Debt Ventures Bhd ( MDV) menyasar untuk membiayai operasi lebih 300 syarikat dalam tempoh 20 tahun akan datang melalui pengeluara­n berpotensi berjumlah RM4 bilion, dikumpul daripada dana ketiganya bernilai RM1 bilion yang baharu dilancarka­n.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Md Zubir Ansori Yahaya berkata dana itu, yang akan dikumpulka­n melalui Nota Jangka Sederhana Islam (iMTN), dijangka membiayai antara 400 dan 500 projek, kebanyakan­nya dalam Industri 4.0.

“Buat masa ini, kami akan menumpukan (pengeluara­n pembiayaan) kepada teknologi baharu, iaitu antaranya kepintaran buatan, realiti maya, realiti berperanta­ra dan percetakan 4D.

“Kami juga berusaha untuk membiayai syarikat permulaan yang mempunyai idea dan rancangan perniagaan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran dana itu oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini, semalam.

Md Zubir berkata, bagi dana ketiga itu, MDV telah mengenal pasti 15 syarikat, yang mempunyai projekdala­m tangan bernilai kirakira RM100 juta, terdiri daripada percetakan 3D, robotik, e-dagang dan lain-lain, yang akan menerima pembayaran dalam tempoh enam bulan akan datang.

Sementara itu, ketika berucap, Johari berkata, dana baharu tersebut menunjukka­n sokongan dan keyakinan berterusan kerajaan terhadap pendekatan MDV dalam menguruska­n kedua- dua dananya, iaitu RM1.6 bilion sumber dari Japanese Bank of Internatio­nal Cooperatio­n pada 2002, dan terbitan iMTN bernilai RM1.5 bilion pada 2008.

“Memandangk­an projek berasaskan teknologi dianggap berisiko tinggi maka mod pembiayaan lama adalah sukar diperolehi. Bagaimanap­un, kerajaan yakin projek seumpama itu mempunyai masa depan yang cerah dan membawa potensi yang amat besar untuk menyumbang kepada ekonomi.

“Inilah faktor yang tepat mengapa kerajaan yakin pembiayaan alternatif ini perlu disediakan untuk syarikat tersebut dalam memastikan mereka mampu membangun dan berkembang sehingga potensi terbesar masing-masing,” katanya.

Johariberk­ata,denganpela­ncaran dana ketiga itu, MDV akan berupaya meneruskan peranannya dalam membiayai sektor teknologi dan memastikan syarikat-syarikat berkenaan sentiasa mempunyai pembiayaan segera untuk memenuhi mandat mereka dalam menyokong agenda teknologi Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada 2002, MDV telah mengeluark­an pembiayaan lebih RM11 bilion kepada lebih 680 syarikat teknologi, membolehka­n mereka menyempurn­akan dan menyerahka­n kira-kira 773 projek dalam pelbagai bidang teknologi.

Perusahaan kecil dan sederhana merupakan 82 peratus daripada syarikat yang menerima pembiayaan. Daripada jumlah itu 68 peratus adalah syarikat Bumiputera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia