Utusan Borneo (Sarawak)

Terbitan bon korporat separuh kedua 2017 dijangka kekal kukuh: RAM Ratings

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkak­an terbitan bon korporat akan kekal kukuh pada separuh kedua 2017 selepas melonjak 41.7 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM54.8 bilion pada separuh pertama, dipacu oleh terbitan sektor infrastruk­tur dan perkhidmat­an kewangan.

Malah, agensi penarafan itu optimis pasaran bon Malaysia boleh melepasi purata terbitan utama sebanyak RM80 bilion sejak empat tahun lepas.

“Secara keseluruha­nnya, kami mengunjurk­an terbitan kasar bagi tahun akan datang mencecah antara RM95 bilion dan RM105 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kajian terbaharu RAM Ratings mengenai penarafan ingkar dan peralihan penarafan menunjukka­n tindakan penarafan negatif yang lebih perlahan.

Pada enam bulan pertama tahun ini, hanya ada satu penurunan daripada 181 penarafan penerbit (berbanding empat penurunan pada separuh pertama 2016).

Magnitud penurunan itu juga kurang serius iaitu pada purata takuk 1.2 (pada akhir Jun 2016 sebanyak 1.6).

Peningkata­n ini terutaman- ya seiring dengan kenaikan ekonomi domestik yang menyaksika­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuha­n kukuh mengatasi jangkaan iaitu 5.7 peratus pada separuh pertama 2017.

Agensi penarafan itu barubaru ini bertindak menyemak semula unjuran pertumbuha­n KDNK bagi 2017 daripada 5.2 peratus kepada 5.4 peratus yang merupakan semakan menaik kedua bagi tahun ini.

“Bagi prospek masa depan, kami tidak menjangkak­an sebarang penyusutan utama dalam kualiti kredit portfolio yang mendapat penarafan kami.

“Walaupun angka penarafan memberi unjuran negatif berbanding positif (pada kadar nisbah 3: 1), kami menjangkak­an keseluruha­n tindakan penarafan akan meningkat secara beransuran­sur apabila ekonomi mendapat momentum,” kata agensi itu.

Setakat akhir Jun 2017, kira-kira 85 peratus terbitan sekuriti yang diberi penarafan oleh RAM adalah sekurangku­rangnya pada tahap AA dan menunjukka­n kualiti tinggi kredit portfolio serta risiko berlakunya ingkar yang rendah membabitka­n penarafan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia