Utusan Borneo (Sarawak)

BNM akan muktamad piawaian e-KYC menjelang Oktober ini

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) dijangka memuktamad­kan piawaian untuk elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC) menjelang Oktober ini, selepas menerima maklum balas daripada peserta industri.

Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew Cheng Lian berkata susulan itu, keperluan sedia ada bagi pengesahan bersemuka penerimaan pelanggan baharu akan digugurkan untuk syarikat yang menerima kelulusan melaksanak­an e-KYC.

“Justeru itu, saya ingin mengumumka­n bahawa dalam tempoh terdekat BNM akan mengeluark­an cadangan parameter pengawalse­liaan bagi proses pengendali­an e-KYC untuk transaksi pem- bayaran,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucaptama pada majlis pembukaan Persidanga­n Perniagaan Perkhidmat­an Wang Asia Pasifik (MAPC) 2017 di sini.

Chew berkata, perubahan pengawalse­liaan untuk memudahkan inovasi masih amat penting bagi bank pusat, dan ia terus menyediaka­n persekitar­an yang menggalakk­an inovasi dalam industri kewangan, termasuk industri perniagaan perkhidmat­an wang (MSB).

“Pengawalse­liaan Sandbox yang diperkenal­kan BNM pada tahun lepas, adalah inovasi bagi pendekatan pengawalse­liaan, membantu kami mencapainy­a dengan cara membendung risiko luaran yang hadir bersama inovasi, dan pada masa sama memberi peluang kepada idea baharu yang hebat untuk berkembang,” katanya.

Mengulas usaha BNM bagi e-KYC, Presiden Persatuan Perniagaan Perkhidmat­an Wang Malaysia, Ramasamy Veeran berkata, langkah itu akan membantu industri MSB berkembang lebih pantas.

“Ia akan menjadikan proses penerimaan pelanggan lebih mudah, dan menyaksika­n lebih banyak persaingan antara industri bukan bank, seperti MSB dan bank,” katanya.

Beliau berkata, teknologi itu digunakan di negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia