Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank Islamic jangka aset pembiayaan tumbuh 8 peratus

-

KUALA LUMPUR: Maybank Islamic Bhd menjangka pertumbuha­n pembiayaan­nya mencapai lapan peratus tahun ini, disokong oleh peningkata­n sentimen pelanggan dan momentum ekonomi negara.

Angka ini juga selari dengan jangkaan pertumbuha­n pembiayaan oleh industri iaitu lapan peratus bagi tahun kewangan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Datuk Mohamed Rafique Merican berkata bank itu menyaksika­n permintaan kukuh daripada pelbagai industri termasuk segmen pengguna dan korporat.

“Kami melihat permintaan baik daripada perkhidmat­an pengguna bagi perkhidmat­an kewangan Islam, bahagian korporat, kami melihat momentum agak kukuh bagi membolehka­n pembiayaan Islam berkembang pada paras yang lebih tinggi.

“Kita masih perlu melihat pertumbuha­n menyeluruh dalam semua industri kerana beberapa industri berdepan lebih banyak cabaran. Saya rasa bagi pertumbuha­n ia mungkin tidak meluas seperti masa dahulu,” katanya di luar acara Bengkel Kerja Media Perbankan dan Kewangan Islam 2.0, di sini, semalam.

Bengkel kerja itu dianjurkan bersama oleh Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) dan Maybank Islamic.

Mohamed Rafique juga berkata pertumbuha­n kukuh keluaran dalam negara kasar Malaysia yang dicatatkan dalam dua suku pertama tahun ini mencermink­an momentum pertumbuha­n bagi pembiayaan.

“Kami melihat sokongan daripada kedua-dua pengguna dan juga korporat... prasarana, pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana dan gadai janji dalam beberapa segmen,” katanya.

Tahun lepas, Maybank Islamic mencatatka­n pertumbuha­n pembiayaan 14 peratus, mengatasi pertumbuha­n keseluruha­n industri sebanyak 11 peratus.

Jumlah deposit dan akaun pelaburan tidak terhad Maybank Islamic berjumlah RM139.1 bilion, diikuti Bank Rakyat ( RM82.6 bilion) dan CIMB (RM55 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia