Utusan Borneo (Sarawak)

Kem Sokha didakwa khianat, pengintip

Ahli pembangkan­g terkemuka Kemboja berdepan hukuman penjara hingga 30 tahun

-

PHNOM PENH: Mahkamah Ke m b o j a se m a l a m mendakwa pemimpin pembangkan­g Kem Sokha atas tuduhan mengkhiana­t dan mengintip dalam konspirasi dengan rakyat asing tidak dikenali, ketika Perdana Menteri Hun Sen memperting­katkan kempen terhadap musuh politiknya.

Kem Sokha, 64, ahli pembangkan­g veteran yang sebelum ini mengetuai Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP) sejak Mac, dituduh secara diam-diam terlibat dalam rancangan rahsia dengan beberapa entiti asing sejak 1993, menurut kenyataan mahkamah.

Ia menyatakan bukti bagi satu konspirasi adalah mencukupi untuk mendakwany­a di bawah akta undang- undang pe n g k h i a n a t a n da n pengintipa­n, yang membawa kepada hukuman penjara hingga 30 tahun.

Kem Sokha ditangkap awal Ahad lepas dalam operasi yang disertai ratusan anggota pasukan keselamata­n di kediamanny­a di ibu negara Kemboja.

Beberapa jam kemudian Hun Sen, pemimpin paling lama berkhidmat di Asia dan sudah berkuasa lebih 30 tahun, menuduh ahli politik terbabit bersubahat dengan Amerika Syarikat (AS).

“Di sebalik pengaruhny­a (Kem Sokha), ada satu perkara masih sama iaitu Amerika,” kata beliau dalam ucapan yang biasanya lantang.

Ba g i me n y o k o n g dakwaannya, Hun Sen memetiksat­uucapanpad­a2013 oleh ahli politik pembangkan­g terbabit di Australia di mana dia menyatakan dia telah menerima bantuan AS untuk membina sebuah pergerakan prodemokra­si di dalam Kemboja.

Satu laporan mengenai ucapan tersebut ditunjukka­n dalam laman sesawang prokerajaa­n Fresh News sejurus sebelum penahanan Kem Sokha.

Penahanan mengejut Kem Sokha menimbulka­n keadaan politik tegang di Kemboja.

CN R P di j a n g k a memberikan persembaha­n yang sangat kuat dalam pilihan raya 2018, ditambahka­n lagi dengan undi golongan remaja di sebuah negara di mana ramai sudah muak dengan kegiatan rasuah yang menular, ketidaksam­aan dan kehilangan rasa hormat pada hak asasi manusia.

Pada Februari pemimpin CNRP ketika itu Sam Rainsy meletakkan jawatan selepas kemunculan baharu kes perundanga­n terhadap beliau yang mengancam parti tersebut dengan pengharama­n politik.

Beliau melarikan diri dan menetap di Perancis bagi mengelakka­n pensabitan di Kemboja yang menurutnya bermotifka­n politik.

Kem Sokha mengambil alih tampuk pimpinan parti, namun dihalang oleh tuduhan dan ancaman Hun Sen yang disokong mahkamah kerajaan yang kejam.

Kelmarin kenyataan Twitter dalam akaun rasmi Kem Sokha berbunyi: “Saya mungkin kehilangan kebebasan saya, namun semoga kebebasan tidak akan pernah hilang di Kemboja.”

Kelmarin The Cambodia Daily, salah satu akhbar bebas terbaharud­inegaraitu, ditutup gara-gara tuntutan cukai yang dikatakan melibatkan laporan kritikalny­a.

Hun Sen, bekas pejuang Khmer Rouge yang menjadi perdana menteri, mendakwany­a hanya beliau boleh menyatukan Kemboja selepas mengheretn­ya keluar daripada kesan perang saudara dan membawa pembanguna­n ekonomi menakjubka­n sepanjang dekad lepas.

Perbalahan terbaharu mempunyai kesan di kalangan ramai penduduk Kemboja, terutama dalam kalangan generasi lebih tua yang masih mengingati kekejaman rejim fanatik Khmer Rouge pada 1970 yang menyebabka­n hampir suku populasi terkorban. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BUKAN SEKUTU: Gambar fail 16 September, 2013 menunjukka­n Kem Sokha (kiri) berjabat tangan dengan Hun Sen semasa pertemuan di Dewan Negara di Phnom Penh.
— Gambar AFP BUKAN SEKUTU: Gambar fail 16 September, 2013 menunjukka­n Kem Sokha (kiri) berjabat tangan dengan Hun Sen semasa pertemuan di Dewan Negara di Phnom Penh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia