Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Japan Airlines ke NY dilanggar burung

-

TOKYO: Sebuah pesawat Japan Airlines dalam penerbanga­n ke New York membuat pendaratan kecemasan di sebuah lapangan terbang di Tokyo semalam disebabkan oleh masalah enjin yang kelihatan berpunca daripada serangan burung, menurut syarikat.

Boeing 777 itu membawa 233 penumpang dan 15 anak kapal ketika berlepas dari lapangan terbang Haneda di Tokyo pada jam 11 pagi waktu tempatan namun kembali untuk mendarat sejam kemudian.

Rakaman yang ditunjukka­n badan penyiaran awam NHK menunjukka­n pesawat mendarat dengan selamat di lapangan terbang.

“Didapati seekor burung terperangk­ap dalam enjin kiri ketika pesawat berlepas,” kata jurucakap JAL.

“Pesawat mengeluark­an minyak ketika berada di ruang udara bagi mengurangk­an berat sebelum mendarat,” menurut beliau.

Pegawai kementeria­n tanah menyatakan bahawa padang berumput bersebelah­an salah satu empat buah laluan terbakar seketika selepas jet JAL itu berlepas namun ia kemudian dipadamkan.

“Kami telah menutup laluan ini kerana mungkin beberapa bahagian jatuh dari pesawat tersebut,” kata beliau.

Tiada maklumat segera bagi sebarang kerosakan yang dialami pesawat atau kecederaan terhadap penumpang atau kru serta tiada penangguha­n utama berpunca daripada insiden tersebut.

Haneda yang secara rasminya dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabang­sa Tokyo, merupakan lapangan terbang kelima paling sibuk di dunia dengan lebih 75 juta penumpang setiap tahun, menurut Airports Council Internatio­nal. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERNASIB BAIK: Pesawat Japan Airlines dalam perjalanan ke New York kembali ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Tokyo di Tokyo, semalam ekoran masalah enjin.
— Gambar Reuters BERNASIB BAIK: Pesawat Japan Airlines dalam perjalanan ke New York kembali ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Tokyo di Tokyo, semalam ekoran masalah enjin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia