Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 bolos dari penjara Ivory Coast

-

KATIOLA: Pihak berkuasa di Ivory Coast membuat spekulasi kelmarin bahawa seorang pengawal mungkin te l a h me m b e n a r k a n hampir 100 banduan untuk meloloskan diri dari penjara di negara barat Afrika itu.

“Sukar difahami kerana tembok penjara setinggi enam meter dan terdapat banyak pintu sebelum pintu pagar utama, maka ia sudah pastinya kerja orang dalam,” kata Coulibaly Ouamien, timbalan datuk bandar Katiola di mana kejadian berlaku.

“Terdapat seorang pengawal penjara yang telah membuka penjara.”

Su m b e r pe n j a r a mengesahka­n pintu pagar utama dibiarkan tidak berkunci.

Seramai 98 banduan telah meloloskan diri pada petang Ahad dari penjara kira-kira 45 kilometer di utara Bouake, menurut kenyataan pengarah pentadbira­n pusat tahanan Joachim Kongoue Koffi.

Koffi turut menyatakan 36 banduan yang bolos telah ditangkap semula dan beberapa pegawai penjara telah dipecat.

Lelaki tersebut telah melarikan diri selepas melalui bahagia bumbung sel mereka, tambah beliau.

Sumber kehakiman mulanya menyatakan radar keselamata­n turut bertanggun­gjawab atas kejadian meloloskan diri beramai-ramai ini di mana banduan meninggalk­an penjara tanpa sebarang masalah.

Banduan yang meloloskan diri adalah pengikut mendiang pemimpin pemberonta­kan penjara tahun lepas Coulibaly Yacouba, kata sumber Ahad lepas.

Yacouba, atau lebih dikenali sebagai ‘ Yacou Si Cina’, terkorban pada Februari 2016 semasa cuba meloloskan diri dari penjara di pusat tahanan utama Ivory Coast di Abidjan.

Sepuluh terbunuh, termasuk seorang pengawal, dan 21 lagi tercedera.

Ini adalah yang terbaharu dalam satu rangkaian kejadian meloloskan diri dari penjara di Ivory Coast, yang telah mengalami keganasan sejak awal tahun disebabkan ketegangan dalam pasukan tentera.

Pada bulan lepas, lima banduan telah melarikan diri dari sebuah penjara di bandar selatan-tengah Gagnoa.

Pihak bandar tersebut menyatakan empat pengawal penjara dan seorang orang awam telah ditangkap kerana disyaki membantu banduan tersebut.

Dua hari kemudian, 20 meloloskan diri dari sel tahanan reman di mahkamah Abidjan selepas bertelagah dengan polis dan tujuh pegawai penjara kemudianny­a ditangkap. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia