Utusan Borneo (Sarawak)

Telur tercemar jejas 40 negara

-

FRANKFURT: Telur yang dicemari racun serangga fipronil telah dikesan di 40 negara, termasuk 24 daripada 28 negara anggota Kesatuan Eropah, lapor agensi berita Jerman DPA semalam, tanpa menyatakan sumbernya.

Berjuta- juta telur telah ditarik balik dari rak jualan pasar raya Eropah, walaupun beberapa pengatur nasional telah menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa banyak telur yang dicemari telah memasuki rantaian makanan, kebanyakan melalui produk yang diproses seperti biskut, kek dan salad.

Mesyuarat menteri pertanian EU Tallinn, Estonia, membincang­kan tentang skandal telur itu semalam, menurut DPA.

DPA menyatakan­jurucakap Suruhanjay­a Eropah telah mengesahka­n bahawa satusatuny­a negara anggota EU yang setakat ini tidak terjejas adalah Lithuania, Portugal, Cyprus dan Croatia.

Negara bukan EU di mana telur tercemar telah dikesan adalah termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Afrika Selatan dan Turki, lapor DPA.

Pihak berkuasa Belanda dan Belgium telah mengesan sumber bagi racun serangga kepada pembekal produk cucian di Belanda.

Dua lelaki Belanda yang menjalanka­n syarikat pembersiha­n Chickfrien­d telah ditangkap bulan lepas.

Meskipun kesihatan hanya terjejasji­kamemakans­ejumlah besar telur tercemar itu, fipronil dianggap bertoksik dan boleh menyebabka­n kerosakan organ dalaman manusia.

Ia digunakan secara meluas bagi merawat haiwan peliharaan daripada kutu dan serangga namun penggunaan­nya dalam rantaian makanan, sebagai contoh , untuk membersihk­an kandang, adalah tidak dibenarkan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia